45

655 94 2
                                    

Mungkin ini cuma mainan perasaan sahaja.

Iya, betul itu.

Mungkin, hanya kerana pembawaan bayi sahaja.

Iya, betul itu.

Mungkin kerana aku terlalu terbawa-bawa perasaan jadinya, cuma dia yang aku fikirkan.

Iya, betul itu.

Mungkin hanya kerana aku yang mengada-ngada, menyalah anggap kata-katanya.

Aku rasa bahagia

Itu, dia maksudkan bahagia kerana bakal mempunyai anak, bukan kerana aku.

Oh tolonglah, Shin.

Berhenti perasan boleh?

Aku segera menepis jauh-jauh perasaan pelik lagikan aneh yang menyerang aku semenjak dua menjak ini. Bukan sebab aku masih menganggap Chanyeol sebagai orang asing yang tidak aku kenali, tetapi kerana untuk menjaga hati ini.

Aku tidak mahu terlalu berharap.

Aku takut terluka untuk kali keduanya.

Hati, jangan cakap yang kau sudah terjatuh.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now