72

603 91 0
                                    

Dengan kadar yang pantas aku bergerak ke pintu rumah setelah mendengar bunyi lonceng bergema dua ke tiga kali. Punat kod aku tekan lalu pintu terbuka. Senyuman aku lekatkan pada wajah setelah melihat gerangan tetamu yang datang.

"Puan Park, maaflah saya lambat buka sebab saya dekat dapur tadi."

Dia mendengus halus. "Ibu dah cakapkan, tak payah panggil Puan Park lagi. Panggil sahaja ibu, kamu bukan orang asing Shin Yeong. Kamu menantu ibu."

Aku tersipu malu mendengarkan kata-kata ibu Chanyeol. "Oh, m-maaf ibu. Shin terlupa, sebab kan sudah lama tidak bersua muka dengan ibu."

"Kerana itulah ibu datang, ibu rindukan menantu dengan bakal cucu ibu ini.." Senyuman ibu meleret ditujukan pada aku, lalu tangannya bergerak ke perut aku dan mengusapnya lembut. "Wah. . .cucu nenek sudah membesar iya."

Aku tertawa halus melihatkan riak wajah ibu Chanyeol yang sedang memuncungkan mulutnya sambil menggumam pada baby samyang. "Ibu tahu tidak, doktor sudah buat scan bagi kenal pasti jantina baby."

"Oh iya?" Badan ibu automatik menegak dan matanya bersinar-sinar memandang aku. Penuh pengharapan. "Jadi, baby lelaki atau perempuan?"

"Baby lelaki, ibu." Aku kuntum senyuman kecil.

"Syukurlah. Ibu sebenarnya tidak kisah lelaki ataupun perempuan, yang penting cucu ibu sihat-sihat sahaja. Dan untuk pastikan itu, nah ibu belikan susu formula khas untuk ibu mengandung. Berkhasiat tahu untuk kamu dan baby."

Aku terkejut selepas melihat huluran ibu yang ditalakan pada aku. "Apa ini, bu? Susahkan ibu sahaja."

"Tak susah manapun, yang penting terbaik buat kamu. Nak harapkan Chan, memang taklah. Sekarang ibu dengar dia sudah semakin sibuk dengan urusan pejabat." Balas ibu dengan penjelasannya yang terang. Memang tidak dinafikan kenyataan itu. Chanyeol memang sentiasa sibuk sejak akhir-akhir ini, sehingga tiada masa untuk aku dan baby. Balik ke sini juga sudah jarang.

"Iya, Chanyeol selalu balik rumah ibu, kan? Dia tak ada syak apa-apakah yang ibu sudah tahu tentang saya?"

Wajah ibu menjadi berkerut serta-merta. "Ehm, tak ada. Seingat ibu, terakhir kali dia datang rumah, hari Rabu yang lalu."

Huh?

Jadi, Chanyeol pergi mana sebenarnya?

Mengelak dari akukah?

One Year Marriage ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon