71

597 88 0
                                    

“Iya, mimpi apa kau telefon aku ni?” Tanya aku yang berbunyi sindiran pada si pemanggil, Jiwon busuk. “Rindukan aku ke?”

Uish gila tak rindu, dah berapa bulan kau kahwin tak pernah lagi kau jejak rumah aku. Asyik terperap je dengan si capang tu.” Katanya di hujung talian. Aku tergelak kecil mendengar seloroh Jiwon.

“Mana ada. Aku memang malas nak jalan pergi mana-mana. Lagi-lagi bila kandungan dah masuk enam bulan lebih ni. Chanyeol pun hm, selalu sibuk sehingga tiada masa mahu keluar.”

Kedengaran helaan nafas malas Jiwon melalui corong speaker telefon. “Iya babe, aku faham. Aku sengaja nak kenakan kau. Aku tahu keadaan kau macam mana. Kyung Soo selalu ceritakan pada aku. Okay, forget it. Kau dengan baby macam mana, sihat?

“Hmm..” Aku menggumam seketika, mengusap perut aku yang terasa semakin ketat. “Aku dan baby baik-baik sahaja. Sihat.”

Syukurlah..” Jiwon tiba-tiba seperti terkejut akan sesuatu. Melalui bunyi nada suaranya yang mulai berubah. “Babe, Jongin ada datang cari kaukah?

Ah?

Kenapa pula tiba-tibanya masuk isu Jongin ini?

Aku sudah anti-kan nama itu dari fikiran aku. Dan kalau boleh, aku tidak ingin lagi mendengar nama itu disebut.

Dahi aku terus berkedut. “Kenapa pula lelaki tu nak cari aku?”

Entahlah Yeong, haritu dia ada datang sini cari kau. Dia cakap ada benda penting mahu dia katakan pada kau. Jongin sekarang nampak kusut tahu tidak?”

Masalah buat akukah kalau dia kusut? Lantaklah, aku tak kisah lagi apa-apa berkaitan dia.” Balas aku dengan dingin.

Ehm, itulah aku dah cakap pada dia yang kau takkan mahu berjumpa lagi dengannya. Tapi, dia tetap berdegil. Tak tahulah apa bendanya yang penting sangat itu.

Aku tidak kisah sepenting mana pun perkara itu, kerana keputusan aku muktamad.

Aku tidak mahu melihat mukanya itu lagi.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now