65

652 89 8
                                    

Baru sahaja sembuh kelmarin, hari ini Chanyeol sudah berkeras mahu pergi kerja. Puas aku tegah, puas aku nasihatkan supaya dia banyak berehat, tapi hampa sepatah pun dia tidak dengar. Keras kepalanya itu, susah untuk aku kalahkan. Bila aku cakap apa-apa, ada sahaja balasannya.

Aku sudah sihatlah.

Aku okeylah.

Aku tak suka kalau asyik baring sahaja.

Aku banyak kerja di pejabat.

Aku tak biasa kalau tak buat apa-apa kerja.

Aku bukan budak kecil lagi.

Demam aku sebelum ini, lagi teruk berbanding sekarang, aku boleh tahanlah Shin.

Dan berbekalkan kedegilan Chanyeol itu, aku terpaksa mengalah dengannya. Baru sahaja dia berangkat pergi kerja, dan aku tinggal di rumah, dan bosan pun mula menyapa. Chanyeol larang aku nonton rancangan-rancangan yang berbentuk hiburan sebab takut baby samyang kena kesannya. Dia cakap nanti baby mukanya akan sama dengan muka Big Nose dalam Runningman itu. Erh, mestilah aku tidak mahu.

Baik aku nonton drama Goblin, manatahu muka baby samyang nanti akan sama dengan muka watak heronya kan?

Ish, apalah.

Baik sama dengan muka Chanyeol, lagi comel. Capang lagi itu.

“Kan baby, kan?” Aku gosok perut sambil tersenyum lebar. Mestilah sama dengan muka ayahnya, paling kurang pun ada iras dengan muka aku.

Tiba-tiba perhatian aku ditarik dengan bunyi lonceng rumah yang ditekan oleh seseorang. Aku agak orang itu pernah datang ke sini bila kedengaran dia mencuba mengakses kod rumah tetapi gagal. Apabila dua ke tiga kali dia mencuba juga gagal, lonceng rumah menjadi sasarannya semula.

Naik bingit telinga aku akibat deringannya.

Sudah tidak tahan lagi, aku mengambil keputusan untuk membukakannya pintu. Mungkin orang itu kenal Chanyeol, kan?

“Iya?” Tanya aku setelah menekan kod, dan menguak daun pintu. Terpampang sesosok tubuh ramping seorang gadis di hadapan pintu.

Dia bercekak pinggang dan seolah-olah meneliti aku atas bawah, sambil mencebik sinis. “Patutlah abang sekarang susah sudah mahu pulang rumah, rupanya ada sembunyikan mistress di sini.”

Sekejap, apa?

Abang?

Mistress?

..

.

(Hmm aku usaha sekarang untuk spam update banyak-banyak but srsly aku betul-betul busy sejak belakangan ni. Aku on wp untuk updte sahaja so harap maaf kalau ada komen yang sehingga ke hari ini aku belum balas lagi. Jinjja jeongmal mianhae mianhaeyoo :( inshaallah aku akan usahakan untuk cek semula komen komen yang lalu ahad nanti okeyh? plis jangan label aku sebagai orang sombong okeyh? woly langsung tak sombong :D dan ehm, rasanya part aku semakin panjang so aku bagi fast forward supaya cepat sampai klimaks dan TAMAT ! YEAH ! SO, bole agak siapa tu? Kekekekkekekekeke xD okbye ~

woly

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now