84

555 86 2
                                    

Mata dicelikkan sebaik sahaja telinga aku menangkap suara-suara halus seperti sedang bergaduh di sekeliling aku. Meskipun terasa berat, aku paksakan juga. Sering kali nama aku disebut, itu juga menjadi dorongan aku untuk menyedarkan diri. Cahaya lampu terang menjamah, membuat penglihatan aku seperti berpinar-pinar.

Setelah penglihatan aku semakin jelas, terbias sesosok tubuh kecil yang aku kenali di sebelah aku. “J-i-won..” Namanya aku seru, dengan suara yang perlahan.

Menyedari yang aku telah terjaga, segera dia menoleh pada aku lantas tangan aku digenggamnya. “Yeong, kau sudah sedar?”

“Apa yang telah terjadi? Kenapa aku ada di sini?”

“Kau rehatlah, kau baru sedar ni. Keadaan kau masih lemah lagi.”

Kenapa keadaan aku boleh jadi seperti ini?

Oh. .

Mata aku terus membesar apabila teringat peristiwa yang mensayat hati aku kerana perempuan murah itu dengan Chanyeol. Segera aku membalas genggaman tangan Jiwon dan memaksa anak matanya untuk bertatapan dengan aku.

“Jiwon, katakan pada aku yang anak aku baik-baik sahaja. Katakan pada aku, yang anak aku selamat.”

Jiwon leraikan genggaman lalu tangan aku dialihkan ke permukaan perut aku yang. .masih membukit.

“Syukurlah Yeong, baby sempat diselamatkan.”

Ya Tuhan, terima kasih.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now