90

665 87 19
                                    

Aku hanya, termenung ke luar tingkap. Termangu mengenangkan nasib malang yang tidak hentinya menimpa aku. Baru sahaja sekejap aku merasakan kebahagiaan sebenar itu seperti apa, sudah hilang dan pudar begitu sahaja. Bagaikan ditiup angin lalu. Sekelip mata, ia hancur. Aku sangkakan, Chanyeol ialah kebahagiaan yang aku cari-cari selama ini. Rupanya dia juga merupakan kesakitan dan keterlukaan buat aku.

Apa begitu hinanya aku?

Sehingga tidak layak untuk berbahagia.

Getaran telefon di atas meja, menarik perhatian aku. Lalu perlahan-lahan aku mengambilnya. Nama ibu, tertera pada skrin. Aku menjadi ragu-ragu untuk menjawabnya. Tetapi aku jauh berasa bersalah sekiranya tidak menjawab. Yang salah Chanyeol, bukan ibu. Dan mengapa pula aku mahu menghukum orang lain untuk kesalahan Chanyeol, kan.

Panggilan ibu aku jawab.

“Ya, ibu. Ibu. . .apa khabar, sihat?” Aku menyapanya dengan nada suara yang cuba aku ceriakan.

Syukur, ibu sihat. Shin Yeong dengan baby pula, sihat?

“Ya, sihat juga hendaknya ibu. Kenapa ibu call ini?”

Oh tidak. Ibu cuma mahukan kepastian yang sahih dari mulut kamu sendiri. Boleh ibu bertanyakan sesuatu? Jawab jujur iya.

“Tentulah ibu. Tanyalah, apa dia?” Aku mula tidak senang duduk.

Apa benar kamu sudah meninggalkan anak ibu? Tinggalkan Chanyeol, huh?

Aku meneguk gumpalan ludah pada tekak. Aku sudah mengagak yang ibu pasti akan mendapat tahu soal ini juga. “Iya, ibu. Maafkan Shin Yeong, bu. Tetapi saya sudah tidak tahan dengan dia. Biarlah saya membawa diri.”

Kedengaran ibu seperti terkejut di hujung talian. “Apa yang sudah terjadi sebenarnya? Chanyeol menyakiti kamukah? Dia pukul kamu?

“Eh tak, ibu. Bukan begitu, Chanyeol tak pernah naikkan tangannya pada saya. Langsung tak pernah.”

Habistu, apa yang dia buat pada kamu dengan cucu ibu hah?” Potong ibu tanpa kesabaran.

Aku menghela nafas panjang. “Shin, cuma mengalah ibu. Jika benar saya bukan takdir Chanyeol, saya terima dengan rela hati. Saya, rela lepaskan dia, dan biarkan dia bersama perempuan yang dia rasakan benar-benar adalah cintanya. Dan, Nayoun adalah perempuan itu, bu. Saya cuma, mahu Chanyeol bahagia.”

Ibu mendengus kasar, dan kedengaran stress dan tekanan. “Rupanya kerana perempuan tidak berguna itu ya. Memang jenis murahan. Ada hati dia mahu kembali pada anak ibu. Tak apa Shin Yeong, ibu tahulah macam mana mahu uruskannya.

Aku tersentak. Apakah yang ibu fikirkan? “Ibu, tak perlu bu. Jangan paksakan hati orang bu, dia memang tidak mahukan Shin. Dia memang cintakan Nayoun jadi usah dihalang dia, ibu. Shin cuma tidak mahu dilabel sebagai peminta simpati ibu. Saya tidak kisah.”

Iya kamu tidak kisah, tetapi ibu kisah. Ibu buat bukan sahaja kerana kamu, tetapi demi bayi yang berada dalam kandungan kamu. Mata Chanyeol perlu untuk dibuka.

Ibu. .

Ya Tuhan, sungguh aku tidak kuat.

. . . . .

Huhuhu aku broken ni weh lepas nonton filem Chanyeol tu.. Huwaa ni semua owl punya pasal, dia yg recommend filem tuh...

Sob sob sob :_(

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now