118

582 64 3
                                    

Aku bukanlah sekejam itu bila aku katakan yang aku mahu simbah dia dengan air teh panas. Hakikatnya, aku hanya terkaku di mana aku duduk tanpa sebarang aksi. Dia membelakangkan aku, dan aku membelakangkan dia.

Setelah sekian lama berdiam, aku menarik nafas dalam dan berdehem beberapa kali. Aku mahu memulakan perbicaraan. “Em, Loey? Begini, bukan saya tak sudi terima lamaran awak, tetapi saya belum bersedia lagi. Saya harap awak faham.”

Untuk beberapa minit senyap, aku mendengar bunyi kertas yang dikoyakkan lalu sehelai kertas dihulurkan pada aku.

Kenapa? Sebab saya bisu dan tidak sempurna, begitu?

Aku pejamkan mata seketika. Bukankah aku sudah katakan yang aku tidak kejam, lebih-lebih lagi pada insan istimewa seperti dia. Kerana aku sedar tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini. Semua manusia melakukan kesilapan, semua manusia serba kekurangan. Dan begitu juga dengan aku.

Aku tidak sempurna.

Dan jika aku terima lamaran ini, aku yakin dia tidak akan bahagia. Aku yakin.

“Awak janganlah salah faham. Saya bukan berniat begitu. Saya tidak pandang awak sebagai seseorang yang tidak sempurna, awak cukup sempurna, Loey. Yang tidak sempurnanya itu adalah saya. Saya tidak layak buat awak.”

Aku mendengar ada lagi bunyi koyakkan kertas.

Di mata saya awak cukup sempurna, Cik Shin.

Patutkah aku jujurkan sahaja pada dia tentang masa lalu aku? Pasal diri aku yang serba kekurangan ini?

“Loey, awak mahu saya jujur?”

Bukankah itu lebih baik?

Aku menarik nafas panjang, baiklah.

One Year Marriage ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora