116

535 62 4
                                    

(So, this is the end. Harap semua berpuas hati. Sorryla kalau terlampau klise. Enjoyyyyy :3 )

. . .

. .

.

Bila memikirkan tentang Chanyeol, aku baru teringat yang surat penceraian antara kami berdua belum lagi dia hantarkan ke mahkamah. Kerana sehingga ke hari ini, pihak peguam tidak ada memaklumkan apa-apa berita pada aku. Senyap sahaja. Padahal sudah melebihi hari perjanjian aku dan Chanyeol.

Apa dia terlupa berkaitan itu?

Dan iya satu hal lagi, aku amat merindukan Chansung. .

Entah besar mana sudah anak aku sekarang iya?

Aku pergi selama enam bulan, kalau begitu Chansung sudah berusia enam bulan jugalah.

Patutkah aku pergi ke rumah ibu?

Ah, tidak perlulah nanti Chanyeol fikir apa pula, kan? Pasti dia katakan yang aku masih tidak boleh meneruskan hidup.

Nanti aku hubungi ibu sahajalah, supaya membawa Chansung bertemu dengan aku.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now