3

1K 145 24
                                    

"Apa semua ini? Siapa perempuan itu?" Tanya aku dengan kerutan di dahi.

Jongin beriak selamba manakala perempuan yang aku maksudkan itu sedang tersenyum dengan sinisnya kepada aku.

"Oh," Jongin bersuara. "Ketahuan sudah. Tidak sangka hari yang aku tunggu-tunggu sampai juga akhirnya."

Jujur, aku tidak dapat menghadam sepatah apapun yang dia cuba sampaikan.

Semasa masuk tadi, aku mencuba berfikiran positif sahaja. Mungkin perempuan itu adalah klien Jongin sahaja. Tetapi bila perempuan tidak guna itu duduk di atas riba Jongin, aku mula rasa aneh. Apakah aku yang terlalu bodoh?

Tak, bukan, cuma aku terlalu percayakan Jongin. Dia tidak mungkin mengkhianati aku. Dia sayangkan aku, iya aku yakin itu.

Disebabkan aku percayakan dia, aku tersenyum dan berpura-pura seperti tidak ada apa yang terjadi. "Apa maksud awak?"

"Meet her, my girlfriend."

Hati aku retak.

Aku boleh terima kalau dia tipu aku.

Aku boleh terima kalau dia curang di belakang aku.

Aku boleh maafkan dia, sebab memang mungkin hanya diri aku yang banyak kekurangan. Tetapi ayat dia yang terakhir sebelum aku menapak keluar bersama airmata, benar-benar menghambat perasaan aku.

"Aku malah sudah tidur dengannya."

Hati aku hancur.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now