52

651 100 6
                                    

Aku labuhkan punggung ke atas permukaan tilam lalu belakang badan direbahkan. Aku menatap siling buat masa yang lama, sebenarnya aku sedang mencuba melegakan rasa tekak yang mual ini. Oh tolonglah, aku baru sahaja makan. Bilakah aku dapat rasakan kenyang yang sungguh-sungguh?

Asyik muntah sahaja.

Penat.

Tangan aku bergerak ke perut aku yang. .sudah terasa sedikit membengkak. Oh! Aku lupa yang kandungan aku sudah memasuki usia tiga bulan lebih. Tidak hairanlah sekiranya ia sudah menunjukkan bumpnya. Rasa-rasanya, anak aku lelaki atau perempuan iya? Bila memikirkan tentang baby ini, aku boleh sahaja tersengih-sengih sendiri akibatnya. Aku rasa. .gembira dan bahagia.

Chanyeol cakap, yang dia yakin bahawa baby ini lelaki tetapi aku harapkan yang sebaliknya. Aku harapkan anak aku perempuan. Barulah comel.

Haihh, letih pula.

Aku kerling jam dinding sekilas, sudah menunjukkan jam sepuluh malam. “Mungkin Chanyeol tak balik malam ni..” Gumam aku sendiri. Iya, aku faham sudah rutin harian Chanyeol seperti apa. Maklumlah, aku sudah melalui hidup dengan sudah hampir sebulan jadinya aku sudah biasa dengan kegiatan hariannya.

Biasanya kalau dia lambat, kerana di pejabat masih banyak kerja. Paling tidak pun, dia pulang ke rumah ibu bapanya. Aku faham, dia perlu berbuat demikian supaya mereka tidak syak apa-apa terhadap Chanyeol. Yang aku tahu, demi kebaikan aku juga, mungkin.

Mahu aku jujur?

Aku sudah mulai sayangkan dia.

Apa patut aku buat?

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now