94

623 78 1
                                    

Perut aku terasa tidak selesa semenjak tadi lagi. Antara sakit dan perit. Sekarang waktu menunjukkan angka empat pagi, aku sudah tidak boleh terlelap. Semakin aku tahan rasa sakit ini, semakin teruk rasa sakitnya. Kejang dan ketat. Tidak mungkinlah aku sudah mahu melahirkan, sedangkan usia kandungan baru masuk tujuh bulan.

Sakitnya, Ya Tuhan. .

Aku jejakkan kaki ke lantai, sambil tangan aku menekup perut. Separuh badan aku sudah mulai kebas, dari hujung kaki sehingga ke bawah dada. Peluh yang merembes pada dahi, aku seka dengan belakang tangan sambil aku menarik dan menghembus nafas beberapa kali.

Bibir bawah digigit menahan diri aku daripada meraung sakit.

“Arhh..” Aku pejamkan mata rapat apabila sakitnya sudah mulai menular hampir ke seluruh tulang dan sendi aku. Badan aku terasa lemah sekali. “Jiwon..”

“Jiwon, tolong aku..”

“Ji, tolong aku..”

“Ji..”

Terasa dunia semakin malap.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now