56

616 93 0
                                    

Sejujur-jujurnya.

Aku tidak jangkakan yang Chanyeol akan berkata demikian. Oh tentu sahaja aku terkejut, siapa sahaja yang tidak terkejut bila mendapat reaksi yang tidak terduga seperti itu, kan? Terlalu teruja dengan jawapannya sehingga segala apa yang aku lakukan pasti disertakan dengan sengihan, sudah seperti kerang busuk aku jadinya.

Dan ia berlarutan sehingga ke hari ini, semenjak hari di mana aku meluahkan rasa takut aku akan perasaan aku sendiri.

Aku berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk Chanyeol.

Uh, apa yang aku fikirkan ini?

Tetapi, apa salahnnya kan?

Dia telah sah menjadi suami aku, dan begitu juga dengan aku. Aku adalah isterinya yang sah.

Chanyeol, dia juga sudah memberikan pendapat tentang hubungan ini.

Jadi, apa lagi yang harus aku takutkan?

Bukankah lebih baik jika aku memfokus untuk mengeratkan lagi hubungan kami berdua, kan?

One Year Marriage ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon