95

612 81 0
                                    

Baby samyang dilahirkan ke dunia sebelum cukup usianya, bayi pramatang. Kandungan aku baru masuk bulan yang ke tujuh, dan nampaknya dia tidak sabar hendak melihat dunia. Syukurlah anak aku baik-baik sahaja, tanpa sebarang masalah. Cuma itulah, saiznya amatlah kecil dan perlu untuk dimasukkan ke dalam inkubator untuk beberapa minggu.

Maafkan ibu, nak.

Semua ini adalah kesalahan ibu. Ibu tertekan dan stress, tetapi ibu menghukum kamu pula. Nasiblah kamu tidak apa-apa, jika tidak ibu akan menanggung rasa berdosa ini untuk selama-lamanya.

Aku lekapkan tangan pada cermin inkubator yang menempatkan bayi aku yang baru sahaja aku lahirkan beberapa jam yang lalu. Kulitnya masih lagi merah. Terasa seperti aku telah berjaya menjadi seorang ibu. Aku berjaya melahirkan anak yang begitu sempurna.

“Chansung.. Anak ibu..”

Park Chansung, aku memberinya nama itu.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now