104

611 75 0
                                    

Aku berjalan menjauhi kereta itu dan Chanyeol. Tetapi aku tahu dia mengekori apabila mendengar bunyi jejakkan kakinya semakin menghampiri. Dia melaungkan nama aku berulang kali tetapi aku mengendahkannya sahaja. Aku tetap melangkah meskipun aku sendiri tidak tahu ke mana hendak aku tuju.

“Shin,” Dia tarik lengan aku dan memaksa untuk aku berpaling menghadapnya. “Tolong, aku merayu dengar dahulu apa yang aku mahu katakan.”

“Urusan antara kita berdua sudah berakhir. Untuk apa awak bawa saya ke sini, hantar saya ke lapangan terbang. Saya sudah lambat.”

“Supaya apa aku hantar kau ke sana? Supaya kau boleh tinggalkan aku, begitu? Tinggalkan Chansung?”

Aku angkat kepala untuk membalas renungannya. Anak mata aku tajam menikam ke dalam matanya. Aku ketap gigi. “Kalau saya cakap iya, apa yang awak boleh buat? Apa yang berubah? Tidak ada apa-apa yang akan berubah. Jadi jangan persoalkannya. Jangan libatkan anak saya dalam hal ini. Tiada mengenanya.”

“Oh,” Riak wajahnya langsung berubah. Jadi dingin. “Anak kau? Baiklah, kalau kau cakap dia adalah anak kau tidak sepatutnya kau tinggalkan dia begitu sahaja. Di mana tanggungjawab kau sebagai ibunya? Kau malahan mahu melarikan diri.”

“Jangan tunding semua ke arah saya, seolah-olah ia adalah salah saya. Persoalan itu harusnya awak tanyakan pada diri awak sendiri. Di mana tanggungjawab awak sebagai seorang suami dan sebagai seorang ayah. Sekurang-kurangnya saya lahirkan dia, dengan sanggup berkorbankan nyawa demi dia. Bukan macam awak, cuma tahu menyakiti sahaja. Layakkah awak untuk menasihati saya?”

Chanyeol membisu. Dia tertunduk memandang tanah dan bukan lagi memandang aku. Tidak berani lagi untuk membuat sebarang kontak mata dengan aku. Pengecut.

Aku tersengih sinis. “Tidak ada jawapan, kan?”

“Shin. .tolong jangan tinggalkan aku. Aku merayu.”

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now