63

573 88 4
                                    

Hari ini, aku ingatkan mahu masakkan makan malam khusus buat Chanyeol. Memandangkan pagi tadi dia ada cakap yang dia teringin mahu makan kimbap ikan salmon. Jadi sebagai langkah untuk menambah eratkan lagi hubungan aku dengan dia, aku mahu jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri dia dengan baik.

Aku mahu masak yang sedap-sedap dan istimewa untuk Chanyeol.

Seawal jam lapan malam, aku telah menyiapkan makan malam dan telah aku hidangkan di atas meja makan. Dengan sepenuh pengharapannya yang Chanyeol akan sukakan semua ini.

Aku tidak sabar mahu menantikan kepulangannya, sungguh.

Namun semua harapan aku musnah begitu sahaja setelah mendapat chat Line daripada Chanyeol yang mengatakan yang dia tidak balik pada malam ini sebab dia pulang ke rumah ibu bapanya. Ada kerja yang mahu diselesaikan katanya.

Tidak mengapalah, aku faham.

Aku lepaskan helaan nafas kekecewaan sambil kepala ditongkatkan menggunakan tangan di atas meja. Makanan yang aku hidangkan tadi, aku pandang tak lalu. Selera aku juga tertutup.

“Siapa yang mahu makan semua ni?” Gumam aku bersendirian. Tiba-tiba aku rasakan ada sesuatu yang basah menyentuh belakang betis aku. Dengan kadar segera aku menunduk.

Toben, sedang menggosok-gosokkan kepalanya pada kaki aku sambil menjilatnya. Aku tersenyum dan turun daripada kerusi semata-mata untuk mengusap kepala Toben.

“Nampaknya, Toben pun rasa kesunyian, kan?” Toben bersuara dalam, dan aku agak itu dia menjawab iya. Aku tergelak halus. “Tak apa Toben, tolong saya habiskan kimbap ni. Saya belanja awak makan sedap-sedap malam ini, okey.”

Pada malam ini, aku dinner bersama baby samyang dan Toben bersama-sama.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now