Special Part IV - Janji

654 69 3
                                    

Chanyeol langsung tak benarkan aku untuk melakukan apa-apa kerja di rumah, sebaliknya hanya menyuruh aku untuk berehat sahaja. Biar dia yang buat semuanya. Bermula dari kerja di dapur, mengemas rumah dan jaga Chanchan.

Dia sampai sanggup ambil cuti, kadang-kadang sehingga dua ke tiga hari dalam seminggu semata-mata untuk itu. Sehinggakan kerja di pejabat tertangguh, dan terpaksa dibawa pulang ke rumah. Bekerja sehingga ke lewat malamlah jawabnya dia.

Aku sudah katakan yang aku masih boleh buat semua itu, tapi Chanyeol tetap berkeras menegah aku supaya jangan terlalu banyak bergerak. Katanya takut dengan keadaan aku yang tidak seberapa baik.

Kadang-kadang aku rasa bersalah juga, iyalah membiarkan Chanyeol buat semua benda yang sepatutnya aku buat. Apa gunanya aku sebagai isteri dia, bukan?

“Chanchan, sinilah jangan lari!” Ah sudah, tengoklah tu, mahu pakaikan anak baju pun tidak lepas lagi.

Aku hanya mampu tertawa melihat telatah dua anak beranak itu.

Setelah menyiapkan semua kerja, Chanyeol hampiri aku lalu merebahkan kepalanya ke atas riba aku. Rambutnya yang serabai menutupi sebahagian dahinya aku selak ke belakang sementara dia memejamkan mata. Kepenatan mungkin.

“Letih ke?”

Dia angguk dalam senyap.

“Itulah, saya nak tolong awak tak benarkan. Kan sudah keletihan.”

“Aku tak kisah pun.” Jawabnya ringkas.

Memanglah aku tahu dia tidak kisah, cuma aku yang kisahkan tentang dia. Aku risaukan kalau-kalau dia pula yang jatuh sakit akibat semua ini.

“Saya tahu, saya faham, niat awak supaya saya tak terlalu keletihan. Cumanya, saya risaukan awak, macam mana kalau awak jatuh sakit, huh? Siapa yang susah? Saya juga yang susah.”

“Aku lagi rela sakit, daripada kau yang jatuh sakit.”

Aku hela nafas malas. Malas mahu berdebat dengannya, sebab aku tahu jika aku melawan sampai ke minggu depan pun tidak akan habis.

“Awak ini kan. . .susahlah saya nak cakap apa-apa.”

“Kalau begitu, tak payah cakap apa-apa,” Tangan aku diraih lalu diletakkan pada dahinya. “Urutkan kepala aku, sakitlah.”

“Baiklah..” Aku akur, tangan aku mula mengurut perlahan tepi kepala dan dahinya.

Chanyeol, saya minta maaf sebab susahkan awak. Saya janji, lepasni saya tak akan bebankan awak lagi, iya.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now