35

741 108 4
                                    

Aku segera mengalihkan pandangan bila Chanyeol berdehem agak kuat. Tanpa aku sedari rupanya aku sedang merenung wajahnya buat waktu yang agak lama, dan itu membuatkan dia berasa tidak selesa. Aku yakin pipi aku sedang memerah sekarang ini.

Uhh. .

Cemerkapnya aku bila sudah dibuai perasaan sendiri. Aku pun tidak pasti kenapa, dan tiada ada alasan yang muhasabah untuk ini. Namun iya, aku akui, aku suka pandang muka dia, lama-lama. Bila aku buat begitu, aku rasa ada sesuatu yang memulih dalam hati aku. Ada luka lama, yang terasa semakin membaik. Seperti itu rasanya. Perut aku juga terasa luas, dan em. . .aku sukar untuk menyatakannya.

Anggap sahajalah, Chanyeol ini bagaikan virus yang boleh menyebabkan aku terjangkit padanya.

Oh Tuhan, cuma apakah perasaan ini pula?

Perhatian aku ditarik oleh pelayan yang datang membawa pesanan aku sebentar tadi. Bermacam-macam jenis manisan yang diletakkan di depan aku. Dan semuanya membuat aku terliur. Pavlova, Tiramisu, dan Cheesecake. Oh apa lagi yang lebih menyelerakan berbanding ini semua, bukan? Betulah apa yang Chanyeol cakapkan, ini memang syurga.

Syurga kek!

Aku yang baru sahaja mahu menyuakan sesudu kek pavlova terhenti bila tengok Chanyeol cuma perhatikan aku sahaja. “Awak tak nak makankah?”

Dia geleng. “Tak. Kau makanlah, tambah sikit berat badan kau tu. Kurus sahaja aku tengok. Entah anak aku dalam tu kekurangan makanankah apa. Jangan sahaja lahir nanti kurus juga. Lebih baik kau makan banyak-banyak.”

Aku jeling dia lalu sambung makan.

Terlalu mengada pula dia ini, pft.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now