100

665 84 39
                                    

Dengan kadar segera aku menarik bagasi aku keluar dari bilik apabila aku mendapati yang aku hampir terlambat untuk ke lapangan terbang. Terkocoh-kocoh aku berjalan menuruni tangga sambil menggendeng bagasi. Oh, kenapalah aku boleh terlupa waktu ini?

Dalam keadaan yang huru-hara, aku menarik bagasi tetapi tersentak apabila ia ditahan oleh seseorang. Mata aku membulat.

“Awakkan baru sahaja bersalin, kenapa angkat berat-berat begini?” Tanyanya dengan nada suara yang perlahan sahaja.

“Saya sudah terlambat untuk ke lapangan terbang. Teksi sewaan saya juga belum lagi sampai.” Balas aku seraya membaguskan tali beg tangan aku yang hampir terlorot dari bahu.

“Saya doakan awak, akan mendapat kebahagiaan yang awak ingini.”

“Terima kasih, Jongin.” Aku senyum kecil ke arahnya. Mata aku tertancap pada kesan lebam di pipinya. “Kenapa muka awak lebam itu?”

Menyedari pandangan aku, dia segera menutup kesan lukanya itu menggunakan tangan. “Taklah, saya terjatuh tadi dalam tandas.”

Aku gelengkan kepala. “Lain kali hati-hati.”

“Ya baiklah, puan..” Nada suaranya meleret seperti mengejek aku sebelum ketawa mengekek. “Eh, itu mungkin teksi sewa awak tu.”

Aku menolehkan kepala lalu terlihat sebuah kenderaan berhenti betul-betul di hadapan aku. Setelah meletakkan bagasi ke dalam bonet teksi aku segera memboloskan diri ke dalam perut teksi. Tangan aku lambaikan ke arah Jongin semasa teksi mula bergerak. Senyuman dia seperti menyimpan rahsia, ada sesuatu dalam senyumannya yang aku tidak dapat tafsirkan.

Mungkin, itulah apa yang dia maksudkan apabila dia mendoakan aku supaya mendapat kebahagiaan yang aku ingini.

Harap-harapnya begitulah.

“Encik, tolong pandu cepat sedikit iya. Saya sudah terlambat.” Pinta aku pada pemandu teksi yang memakai topi hampir menutup mukanya. Aku ada terfikir juga bagaimanalah dia mahu melihat pemanduannya. Ah, pedulilah.

Aku rasakan beban aku mula meringan pada bahu.

Selamat tinggal semua.

Selamat tinggal Park Chanyeol. .

. . . . .

TAMAT DAHHHHH HAHAHAHHAHAHA

JOKE CHILLAX XDD

Senanya, daku memang berniat nak tamatkan fic ni, lepas satu chapter lagi. But aku mengada nak sambung lagiii sikitt je lagiii haha bole? Kalau tak nak, chap lepasni benaran tamat daah. So, yg mana krg nak? Sambung sikit, or bagi tamat lepas ni. Komen komen :D

Ke, krg bosan ke kan? Hehehe

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now