46

680 98 2
                                    

Begitu terkejutnya aku apabila mencelik mata sahaja, terlihat Chanyeol sedang tersengih-sengih di hadapan aku. Eh bukan, aku dan dia tidak tidur sebilik sebab itulah aku terkejut melihat keberadaannnya di sini. Aku kerutkan kening dan aku bingkas perlahan-lahan lalu berduduk di atas katil.

“Awak kenapa pandang saya macamtu?” Soal aku sambil menggosok-gosok mata.

“Taklah, cuma kau nampak cantik bila sedang tidur. Orang kata, kalau wanita tengah mengandung dan mukanya nampak cantik dan berseri sahaja, anak dia lelaki tahu?”

“Iya eh?” Dia anggukkan kepala lalu mengambil tempat di hujung birai katil. “Awak percayakan semua itu?”

“Mahu katakan yang aku percayakan ia sepenuhnya, tidak juga. Tetapi aku percaya, anak aku lelaki.”

“Yakin betul awak.” Kata aku dan tergelak kecil melihat keseriusannya bila berkata.

Chanyeol mencebikkan bibirnya. “Eh mestilah. Aku dapat rasakannya, tahu? Gerak hati seorang ayah.”

“Iyalah tu,” Aku kerling sekejap jam di dinding lalu Chanyeol aku pandang semula. “Awak tak pergi kerjakah? Sudah jam berapa ini.”

Dia ketap bibir sambil matanya menaik ke atas, seperti sedang berfikir lantas dia menggeleng. “Emm, tak. Harini, aku tak rasa nak masuk kerja. Aku nak spend time, dengan kau dan baby dalam tu. Jangan risau aku dah minta cuti dengan ayah aku, aku cakap penat dan dia izinkan.”

Aku blank. “Huh?”

“Jom,” Chanyeol berdiri di sebelah aku, dan menghulurkan tangannya sambil tersenyum lebar sehingga jelas terlihat giginya yang putih elok tersusun itu. “Aku dah siapkan sarapan, khas untuk kau dan baby. Hm?”

Ya Tuhan. .

Mengapa dia gemar menyiksa perasaan aku.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now