86

607 90 0
                                    

Aku dikejutkan dengan kehadiran Chanyeol di sini. Bukan kerana aku bencikan kehadirannya, sejujurnya aku memang menantikan dia selama berada dalam hospital ini. Aku amat menantikan Chanyeol untuk bersemuka dengan aku dan terangkan segala-galanya.

Meminta maaf untuk apa yang dia lakukan. Sebab, seperti yang aku katakan, aku tidak meletakkan kesalahan itu sepenuhnya pada dia. Aku tahu, dan aku yakin Chanyeol cuma dimanipulasikan sahaja oleh Nayoun.

Aku cuma mahu mendengar ungkapan kemaafan itu dari mulutnya sendiri. Namun, semenjak tadi dia hanya membatukan diri di sofa yang berada tidak jauh dari katil yang menempatkan aku. Hanya, kaku sambil menggenggam kedua belah tangannya. Kepalanya tertunduk memandang lantai.

Kelakuannya yang sungguh tidak patut itu membuat aku menjadi geram tiba-tiba. Mahu sahaja aku turun dari katil ini lalu menumbuk mukanya kerana terlalu ego. Tetapi pergerakan aku terbatas kerana kondisi aku yang masih lemah. Juga disebabkan hos kecil yang tercucuk pada tangan aku ini jadinya bergerak ke sana itu adalah perkara yang sukar.

Aku mendengus dengan kasar. “Kalau awak datang ini cuma mahu menjadi patung di sana, baik awak balik. Saya tak perlukan patung cendana. Saya hanya perlukan seseorang yang boleh bercakap dengan saya, dan terangkan pada saya kenapa dia berubah.” Sindir aku, dengan harapan dia terasa.

Walaupun jauh, aku dapat mendengar dia menghembuskan nafas secara lambat dan meleret. “Kalau begitu, abaikan sahaja aku.”

“Awak buat semak di sini. Keluar.” Aku putus asa. Sudahlah, untuk apa aku berharap yang dia akan memujuk aku. Terang lagi bersuluh, dia cederakan aku, dia lukakan aku, malahan kembali pada perempuan itu.

Apalagi yang aku harapkan dari dia?

Chanyeol menyelak rambutnya ke belakang dengan frustasi. “Shin, aku rasa kau patut minta maaf pada Nayoun. Kau sudah malukan dia depan umum haritu.”

Apa yang dia baru ucapkan?

Aku, minta maaf, pada Nayoun?

“Oh, hanya itu yang awak mahu katakan, huh? Awak sedar tidak, awak hampir buat anak saya mati sebab tindakan bodoh awak lindungi perempuan seperti Nayoun itu? Apa awak buta? Dia sedang gunakan awak. Di mana fikiran awak? Takkan awak tak fikirkan tentang saya langsung? Tentang anak awak dalam kandungan saya ni? Di mana Chanyeol yang saya kenal sebelum ini?”

“Ini bukan sebab aku, aku cuma katakan apa yang betul. Kau salah hina dia macamtu, depan umum.”

“Habistu, tindakan awak tu betul sangatlah, kan?”

“Shin—”

“Keluar!” Aku tinggikan suara. Penglihatan aku mulai kabur akibat airmata yang bertakung. Tinggal tunggu masa sahaja untuk tumpah. Memandang wajahnya sahaja buat aku sakit hati. Atas kegunaan apa kehadirannya di sini.

“Aku keluar. Jangan lupa minum air mineral tu banyak-banyak. Kau dehidrasi.”

“Saya mati sekalipun awak bukan kisah.”

Dan, dia terus keluar.

Biadap.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now