87

625 89 26
                                    

Hari ini, aku telah diberikan kebenaran untuk keluar dari hospital. Sesungguhnya, aku berasa senang sebab aku tidak lagi perlu terpuruk seperti hari-hari yang lalu. Tetapi satu hal yang aku tidak suka, adalah kembali ke rumah Chanyeol. Memikirkan sahaja tentangnya sudah membuat hati aku membengkak apatah lagi bila harus menghadapnya.

Hati aku masih terluka, dan masih bernanah. Amat mustahil aku dapat menghadap muka Chanyeol tanpa berasa benci terhadap dia.

Namun, aku terpaksa juga kembali ke sana. Jika tidak aku harus ke mana? Buat masa sekarang hanya di situ tempat dan tujuan aku. Jadi selagi aku masih boleh bersabar, aku akan bersabar.

Hanya, jangan sampai tahap kesabaran aku melebihi had dan batasnya.

Jiwon dan Kyungsoo yang hantarkan aku pulang ke apartment. Muka Chanyeol langsung tidak ada, jangan harapkan muka kelibat pun langsung tiada. Sesampainya sahaja aku di rumah, aku merehatkan tubuh di atas sofa sambil memejamkan mata selepas mengunci pintu.

Bunyi pintu bilik terbuka dan terkatup memaksa mata untuk terbuka semula. Dan sebaik sahaja aku membuka tirai mata, figura Chanyeol dahulu menjamah mata. Rasa meluat dengannya, aku pejamkan mata semula. Membiarkan sahaja dia di situ. Kalau boleh, buat masa ini aku tidak mahu bercakap apa-apa dengan dia. Aku takut aku akan mengamuk tanpa pengawalan diri aku sendiri.

“Shin, aku perlu bercakap dengan kau.” Chanyeol memulakan perbicaraan. Aku abaikan sahaja kata-katanya tanpa mahu menjawab apa-apa.

“Shin dengar tidak?” Dia mendengus dengan kasar. “Park Shin Yeong.” Suaranya menegas, lalu aku membuka mata untuk mencerlungnya dengan tajam.

“Apa lagi awak nak?”

“Aku nak buat kepastian.”

Aku tersengih sinis. “Kepastian apa lagi?”

“Pasal anak dalam kandungan kau itu. Apakah benar anak aku.”

Aku menggigit bibir dengan geram. Apa yang dikatakan oleh dia betul-betul menyakitkan hati. Sungguh. “Orang bodoh sahaja yang akan bertanya begitu, Park Chanyeol.”

“Manatahu benar apa yang Nayoun katakan, itu bukan anak aku sebaliknya anak bekas teman lelaki kau itu.”

Berasa panas dengan kata-katanya yang tidak bertapis itu, aku bingkas menghampiri dia dengan bibir yang diketap. “Awak orang pertama yang sentuh saya. Awak yang buat hubungan itu dengan saya. Sepatutnya awak boleh agak yang saya masih dara ataupun tidak. Saya rasa awak tidak senaif itu, kan?”

“Kau kan, suka berbohong. Entah berapa banyak lagi rahsia yang kau selindungkan daripada aku. Banyak yang aku tidak tahu, sebab kau selalu berjaya menyembunyikannya daripada penglihatan aku. Jadi, aku membuat andaian sahaja yang anak itu mungkin juga bukan anak aku.”

Tangan aku tanpa pengawalan terus menampar pipinya dengan semua kekuatan yang aku ada. Terteleng kepalanya ke kanan.

“Katakan saya biadap, tetapi awak benar-benar sudah melampau. Benar-benar mencabar kesabaran saya. Park Chanyeol, selama ini saya cuba bersabar dengan sikap awak, dengan ucapan yang bagaikan sembilu mensiat-siat hati saya tanpa belas kasihan. Tetapi kali ini, awak melampau.”

Aku memang cengeng, aku memang emosional jadi kerana itu aku dengan mudahnya memalukan diri di hadapan dia dengan menangis seolah-olah sedang menagih simpati darinya. Sakit hati, aku melepaskan tumbukan berkali-kali pada dadanya.

“Bodoh, Park Chanyeol bodoh.” Aku tidak berhenti menumbuk dadanya meskipun dia berusaha menahan lengan aku.

“Apa awak buta, atau pura-pura tidak nampak. Nayoun hanya mempergunakan awak untuk kepentingan dia sahaja. Kalau awak mahu tahu, dialah perempuan yang telah hancurkan hubungan saya dahulu, tetapi kini dia kembali pada awak. Bodohkan awak semula bila dia putuskan hubungan dengan Jongin.”

“Itulah kebaikannya. Mungkin, kau juga patut mulakan semula hubungan kau dengan Jongin selepas ini, kan.”

Aku terkaku tidak bereaksi.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now