Special Part II - Surprise

644 73 7
                                    

Sedar-sedar sahaja aku sudah terbaring di atas katil hospital.

Sejujurnya, aku tidak ingat apa yang sudah berlaku sebenarnya. Apa yang aku ingat, semalam rasanya aku pitam akibat lelah dan iya. . .selebihnya aku sudah tidak dapat ingati dengan baik. Mungkin Chanyeol yang membawa aku ke hospital. Oh tentu sahajalah dia, siapa lagi?

Hujung jari aku mengurut perlahan-lahan kepala yang terasa berdenyut-denyut sambil aku mencuba untuk duduk. Sedikit tersentak bila Chanyeol tiba-tiba menghampiri aku untuk memberikan pertolongan kerana aku bukan perasan yang dia turut berada di sini.

“Jangan terlalu banyak bergerak, kau masih lemah lagi.” Ujar Chanyeol. Riak wajahnya tampak sangat risau.

“Saya minta maaf, saya susahkan awak pula.”

Chanyeol angkat muka untuk balas pandangan aku. Bibirnya tersungging senyuman nipis. “Sepatutnya, aku yang minta maaf. Aku abaikan kau beberapa hari ini, dan aku terlalu ikutkan emosi. Aku salah.”

Tangan aku bergerak ke pipinya lalu bibir aku simpulkan senyum kecil. “Saya okey, saya faham situasi awak.”

Seterusnya, perhatian kami berdua teralih apabila pintu wad ini dikuak oleh seseorang. Terpampang sesosok tubuh seorang doktor lelaki sedang berdiri disertakan dengan senyuman lebar pada bibirnya.

“Puan Park sudah sedar?” Soalnya prihatin.

Aku balas senyumannya sambil menganggukkan kepala. Chanyeol baguskan kedudukannya, dia melabuhkan punggung dengan selesa di birai katil.

Doktor itu menghampiri kami bersama fail di tangannya. Fail berkaitan keadaan kesihatan aku, mungkin. “Saya ada sesuatu yang hendak disampaikan pada puan dan encik Park.”

Chanyeol mula gusar. Melihatkan wajahnya, aku tahu dia merisaukan aku. “Apa dia doktor?”

“Sebelumnya, saya turut tumpang bahagia untuk berita ini. Tahniah, isteri encik mengandung.” Ucapnya tenang.

Aku dan Chanyeol saling bertatapan seperti tidak percaya. Adakah aku bermimpi?

Aku, mengandung?

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now