41

699 102 4
                                    

Aku memuncungkan mulut sambil mengemas semula dekorasi rumahnya yang telah aku ubahsuai kepada yang asal. Aku bukan berniat mahu menjahanamkan rumah dia, cuma pendapat aku dekorasi rumahnya yang sebelum ini terlalu semak pada pandangan mata. Terlampau penuh dan sesak dengan barangan yang entah apalah. Serius, aku bukan mahu memandai, tetapi itu kenyataannya. Tidak tahulah kenapa Chanyeol sibuk sangat mahukan dekorasi itu semula.

Padahal, dekorasi aku tadi jauh lebih kemas dan tampak luas.

Aku mengerling sekilas Chanyeol yang sedang duduk di lantai bersama haiwan peliharaannya yang baru sahaja dibawa olehnya ke mari. Kalau tidak silap pendengaran aku, nama anjing itu Ben?

Benten, mungkin?

Apa-apalah.

“Apa jeling-jeling? Cantik sangatkah mata tu sampai nak jeling-jeling orang?” Suaranya yang husky menerpa ke dalam gegendang telinga aku. Chanyeol, aku lihat sedang memerhatikan aku dengan tajam.

Aku mencebik. “Mata saya memang cantik pun. Kenapa, awak cemburu? Sebab mata awak tu dahlah besar, tak lawa lagi tu.”

“Amboi, kau tunggu nasib kau sekejap.” Dia alihkan anjing itu dari riba dia. “Toben, sekejap iya. Ada orang yang nak kena ajar mulutnya.”

Oh, jadi nama anjing itu Toben.

Comel.

Macam tuannya. . .

Chanyeol terus hampiri aku dan berdiri tepat di hadapan aku. “Ulang semula apa yang kata tentang aku.”

Aku mendongak untuk membalas pandangannya, sebelum mencebik sinis. “Mata awak besar dan tak lawa.”

“Ulang sekali lagi.” Dia menundukkan wajahnya sehingga benar-benar dekat depan muka aku. Aku jadi cuak bila melihat ekspresinya yang tegang dan bengis itu. Tetapi bukan itu yang langsung memberikan impak pada aku.

Sekarang ini, bau badannya yang kuat itu yang mensenakkan perut aku dengan tiba-tiba. Lalu tanpa pengawalan, aku termuntah di situ juga.

Lebih tepat, pada bajunya.

Dia nampak jengkel dengan itu.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now