2

1.1K 145 32
                                    

Hari ini, aku bertekad.

Aku mahu bersemuka dengan Jongin. Aku perlukan penjelasan daripada dia, mengapa dia mengabaikan aku sejak belakangan ini. Tidak kisahlah dia sedang sibukkah apa. Aku tetap dengan keputusan aku. Muktamad.

Aku mahu tahu apakah alsebab dia menghindar daripada aku.

Aku mahu tahu apakah punca dia meminta ibu dan ayahnya supaya membatalkan pertunangan kami.

Dan aku mahu dengar itu semua daripada mulutnya sendiri.

Pasti ada alasan yang muhasabah kenapa dia tiba-tiba begitu.

Tidak mungkin sebegitu mudahnya dia memutuskan hubungan kami yang sudah terbina selama lima tahun ini.

"Saya nak berjumpa dengan Jongin." Pinta aku pada pembantu peribadinya di kaunter selepas tiba sahaja aku di pejabatnya.

Dia nampak terkejut dengan kehadiran aku.

"Maaf, cik. Tapi, Tuan Jongin tidak benarkan sesiapa masuk buat masa sekarang ini."

Aku degil. Jadi tanpa menunggu lebih lanjut terus sahaja aku menerpa ke arah pintu pejabat Jongin. Iya, walaupun mendapat halangan daripada PAnya tadi. Keinginan aku menambahkan tenaga aku untuk melawannya.

Aku kuak daun pintu dengan kasar.

"Jong-

Mulut aku terkatup.

Ada pemandangan yang tidak menyenangkan hati aku.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now