106

631 73 0
                                    

Aku menapak masuk ke dalam rumah dengan dengusan kasar berserta dengan hempasan pintu yang kuat. Jika tadi aku keluar bersama bagasi pakaian sekarang aku balik dengan tangan kosong. Semua barang aku Chanyeol ambil. Tidak, bukan dia ambil, aku yang meninggalkan ia sebenarnya tadi bila aku balik naik teksi lain yang kebetulan lalu di situ. Aku tinggalkan semua. Semata-mata cuma mahu mengelakkan diri dari Chanyeol.

“Eh, Shin.” Jiwon ternganga dengan kehadiran aku.

“Di mana Chanyeol?” Soal Kyung Soo pula. Mata aku langsung tajam menikam ke arahnya. Aku menghidu ada sesuatu pelik yang sedang berlaku sekarang ini.

“Macam mana kau boleh tahu yang Chanyeol ada bertemu dengan aku tadi?” Tanya aku. Kening aku bertaut. Hati aku melonjak tidak kesabaran bagi mendengar penjelasan.

Muka Jongin, Kyung Soo dan Jiwon, aku pandang bersilih ganti. Mereka cuma menundukkan wajah mengelakkan dari membuat balasan pandangan mata dengan aku. Kelihatan sangat janggal.

“Jangan cakap ini semua adalah rancangan kamu.”

“Shin...” Jiwon beralih menghampiri aku. Aku seperti sudah boleh mengagak apa yang dia mahu katakan melalui riak wajahnya itu. “Kami buat untuk kau. Supa—”

“Supaya apa?! Supaya aku terima dia semula, begitu? Selepas apa yang dia buat pada aku, kamu rasa aku patut terima dia semula?”

“Bukan begitu Shin Yeong.” Jongin mencelah.

“Apa yang bukan begitu? Saya yang lalui semua ini, jadi awak jangan berani cakap yang saya tidak faham apa-apa.” Nada suara aku semakin tinggi. Aku tidak pasti kenapa emosi aku menjadi tidak keruan kini, namun aku tidak boleh menghalang diri aku untuk tidak beremosi.

Aku bukan cakap tindakan mereka tidak baik, ia sangat mulia. Namun, ia salah sama sekali. Amat sukar untuk aku menerimanya semula.

Entahlah.

“Dia tersiksa perasaan juga Shin Yeong. Bukan hanya awak sendiri yang merasakannya. Dengar, saya bukan mahu memihak pada sesiapa, tidak awak ataupun dia. Tapi saya cuma bantu apa yang saya rasa betul. Saya tidak cakap dia benar, dan saya tidak kata awak salah. Masalah ini berpunca dari hati. Sebab dia sayang awak, dia buat semua ini. Percayalah, Shin Yeong. Dia tidak pernah berniat mahu melukakan awak.”

Aku mencebikkan bibir dengan sinis. “Tidak berniat iya, tetapi tetap dia lakukannya, kan? Itu dikira tidak berniatkah juga? Dan kenapa pula kamu semua mahu membantu dia pula?!”

“Sebab dia tidak salah sepenuhnya.”

“Yakin sekali awak iya. Apa yang buat awak rasa begitu?”

Dia angkat tangan lalu menunjukkan kesan lebam pada tepi mulutnya. “Sebab ini. Saya sudah memahami segala-galanya. Shin Yeong, saya harap awak dapat lembutkan hati awak dan dengar penjelasan saya.”

Aku melepaskan nafas berat.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now