39

631 100 1
                                    

Aku bangun pagi, perut aku terus terasa perit.

Bukan apa, aku lapar sebenarnya.

Semalam aku tidak makan banyak, semasa Chanyeol bawa pergi restoran. Itupun, selepas selang beberapa minit aku muntahkan semula. Jadi mana ada isi perut aku jawabnya. Sebab itulah, awal pagi ini aku sudah kelaparan.

Selepas cuci muka dan memberus gigi, aku pergi ke dapur untuk meneliti barangan apa yang ada yang boleh aku jadikan sarapan.

Namun hampa.

Dapur kosong sama sekali.

Apa benda yang mahu makan ini?

Sudahlah sampai jam sembilan ini Chanyeol belum datang lagi. Perut aku berkeroncong tanda yang aku betul-betul lapar, tangan aku turun ke situ untuk mengusapnya. “Baby lapar juga, eh?”

Untuk mengurangkan rasa lapar aku itu, aku menyibukkan diri dengan membersihkan rumah, dan mengatur segala yang perlu untuk diubah posisinya.

Sampai otak aku terfikir sesuatu yang berfaedah.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now