89

577 86 13
                                    

Aku telah membuat keputusan, dan membulatkan tekad yang aku mahu keluar dari rumah ini. Yang merupakan rumah bagi penglihatan orang luar, tetapi adalah neraka bagi aku.

Sudahlah, aku mengalah. . .

Aku sudah tidak tahu harus berbuat apa lagi untuk membuat Chanyeol mempercayai aku semula. Kerana semua yang buruk hanya aku. Entah apa sahaja yang Nayoun katakan pada dia sehingga Chanyeol sebegitu bencinya pada aku dan tidak mempercayai aku. Dia tidak marah ataupun menunjukkan reaksi yang sedang menahan amarah pada aku. Riak wajahnya, menunjukkan kekecewaan, yang aku tidak pasti benar atau tidak.

Kadangkala, aku dapat merasakan pandangan dia seolah-olah meminta aku untuk jangan pergi namun itu semua mungkin hanyalah imaginasi aku semata-mata. Kerana hakikatnya dia tidak menghalang. Dia hanya membatukan diri, membisukan mulut.

Aku mahu menangis, tetapi mata aku sudah terlalu lelah untuk melakukannya. Airmata aku seolah-olah sudah kering ataukah, ianya hati aku yang sudah kering. Hati aku, sudah tawar untuk menerima Chanyeol.

Aku hentikan langkah dan menoleh memandang Chanyeol yang sedang duduk di sofa tidak jauh dari aku. Mungkin, untuk kali yang terakhir. “Saya akan keluar dari rumah ini. Terima kasih untuk segalanya yang telah awak berikan pada saya. Semua kebahagiaan, dan kesakitan yang telah saya rasakan.”

Dia diam, tidak beriak.

Berasa kecewa dipedulikan, aku bertindak menarik bagasi aku ke depan pintu rumah. Pada saat itu juga, dia hampiri aku sambil berpeluk tubuh.

“Shin, berkaitan perjanjian kita itu. Kau masih ingat lagi, bukan?”

Aku angguk, tetapi tidak berpaling memandang wajahnya. “Kenapa?”

“Dulu, aku ingat mahu batalkannya. Tetapi melihatkan keadaan kini, niat aku terus terbatal. Rasanya, perjanjian itu perlu diteruskan. Aku doakan, selepas tamat tempoh kau bersama aku, kau akan berbahagia dengan teman lelaki kau itu.”

Aku terus keluar, tanpa menjawab apa-apa. Sumpah, aku bencikan dia. Aku bencikan lelaki bernama Park Chanyeol itu.

Sekali aku benci, selamanya aku benci.

One Year Marriage ✔Där berättelser lever. Upptäck nu