31

761 114 14
                                    

“Awak serius mahu berkahwin dengan saya?”

Aku bertanya dengan bersungguh-sungguh, mahukan kepastian. Bukan sebab aku tidak percaya, oh tentu sahaja aku percaya yang dia benar-benar serius kerana buktinya, sekarang ini dia membawa aku untuk memilih cincin. Tetapi, apa dia tidak fikir akan baik buruknya ikatan perkahwinan itu jadinya nanti.

Iyalah, aku tidak ada perasaan terhadap dia dan begitu juga yang sebaliknya.

Ia cuma atas rasa kebertanggungjawabannya sahaja. Aku takut nanti dia menyesal kerana mengambil keputusan untuk mengahwini aku.

“Kau rasa aku buat jenakakah sekarang ini?”

“T-taklah,” Aku menggigit bibir. “Awak tak akan rasa menyesalkah nanti bila sudah kahwin dengan saya? Awak tak akan rasa terbeban?”

“Ini adalah yang sebaiknya. Aku lagi menyesal kalau tidak mahu bertanggungjawab ke atas kau. Aku sudah sentuh kau, sehingga menjadi hasil. Apa kau fikir aku tidak rasakan apa-apa? Seminggu aku terlantar demam, kau tahu? Rasa tidak berbaloi sakit aku itu kalau aku tidak melihat hasil benih aku itu membesar depan mata aku sendiri.”

Syarahannya panjang lebar. Sempat aku terlelap seketika. Huh, dia ini memang banyak mulut iya?

“Iya okey baiklah, saya faham.”

“Aku perlu jaga kau, sekurang-kurangnya selepas kau melahirkan anak aku.”

“Uh?” Aku blur.

Chanyeol melentokkan badannya untuk mencapai sesuatu di kerusi belakang selepas itu dia menghulurkan aku satu fail berwarna merah.

Aku terus membukanya dan membaca isi kandungan fail tersebut dengan senyap. Jelas menunjukkan tajuk utamanya; Perjanjian Perkahwinan selama setahun, tinggal tunggu tandatangan aku sahaja lagi.

Oh begitu, dia cuma mahukan anak ini.

Selepas setahun, dia akan ceraikan aku juga.

Baguslah. . .

Dia memang seorang ayah yang prihatin dan bertanggungjawab.

Entah kenapa, aku pula rasa sayu.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now