14

793 113 8
                                    

Woi, kau dah kenapa pergi padam gambar itu?!”

Tempelak dia bila tengok jari aku ringan sahaja menekan butang delete pada skrin telefonnya. Setiap satu muka perempuan itu aku hapuskan. Aku tidak tahu apakah motif aku melakukan itu tapi aku tetap buat. Entahlah, aku menjadi benci pula dengan perempuan di dalam gambar itu.

Aku macam pernah tengok.

Hell bitch, psh.

Dia terus rampas telefon ini dari tangan aku. “Siapa bagi kau kebenaran pegang handphone aku, hah!!?”

Hek eleh,” Aku tampar bahu dia sekali. “Tadi dia yang bagi sekarang baru mahu marah-marahkan orang pula.” Aku jeling dia sebelum gelas bir aku atas meja dicapai lalu aku menyambung meminumnya sehingga habis. Rasa pahitnya sudah lali pada tekak aku, jadi dengan mudah aku boleh menghabiskannya tanpa berasa ragu-ragu.

Cuma itulah, masalahnya sekarang kepala aku semakin berasa ringan.

Macam sedang terbang di awang-awangan.

Aku tengok si Chan— Soo?

Chan— Joo?

Apakah Chan?

Oh! Chan— capang!

Iya, pandainya aku!

“Tengok ini, habis semua gambar dia kau padam. Shit!”

“Setakat gambar awak nak marahkan saya? Weh, awak sedar dirikah tidak ini? Dia sudahlah curangkan awak, tipu awak, duakan awak, awak masih ada hati mahu mempertahankan dia? Sudahlah tadi menangis muka semacam beruk saya tengok. Adalah lebih baik, kalau awak cari perempuan yang jauh lebih sempurna berbanding dia, tahu?”

Dia terus tarik pergelangan tangan aku dengan kuat menyebabkan aku tersembam ke dada dia. Aku tersengih-sengih bila tengok muka dia dari dekat. Walaupun dia sekarang sedang tenung muka aku tajam seperti mahu membuat lubang pada muka aku.

“Kau, berani betul iya?”

Aku sengetkan kepala memandang dia. Lalu aku tersenyum sehingga mata aku mengecil. “Perlukah saya takut pada awak? Awak nampak macam baik sahaja pun. Mana ada orang jahat menangis, kan?”

“Jadi, kau boleh percayakan aku?”

Aku tertawa halus mendengar kata-kata dia. Apalah setakat itu, sudah aku kata dia adalah orang yang baik.

“Mestilah!” Jawab aku pantas.

Mungkin disebabkan khayal, ataupun kadar alkohol yang tinggi ini sudah mula beroperasi di dalam tubuh aku. Jadinya, aku menjadi pasif. Aku yang sebelum ini adalah seorang yang pemalu, tetapi sekarang ini menjadi yang sebaliknya. Aku dengan mudahnya boleh membalas tenungan lelaki ini, maka sebelum ini aku tidak mampu langsung. Perhatian aku sekarang tertumpu sepenuhnya pada bibir dia yang merah itu, bila dia menggigit bibir.

Aku menjadi geram, sungguh.

Rasa macam teringin untuk menyentuh seulas bibir dia merah miliknya itu.

Aku akui aku memang gila, bila aku biarkan sahaja tindakan dia yang mencium bibir aku.

Aku terus rasa pitam.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now