96

610 77 6
                                    

Aku sudah diberikan kebenaran untuk keluar dari hospital memandangkan keadaan aku yang tidak terlalu merundum. Sebaliknya Chansung masih perlu diletakkan di bawah penjagaan doktor. Buat masa sekarang ini, inkubator itu umpama rumah tumpangannya buat sementara waktu. Chansung juga masih terlalu kecil untuk disusui, jadi dia hanya bergantung pada nutrien yang dibekalkan secara berkala padanya.

Aku fikirkan apabila aku dapat pulang ke rumah, aku akan berasa tenang kerana tidak perlu memikirkan tentang Chanyeol yang tidak mahu melawat aku. Tidak mahu melawat Chansung. Rupanya, di rumah ada perkara yang jauh menyakitkan berbanding itu.

Surat Perceraian

Tajuk utama surat yang dikirimkan pada aku.

Nampaknya, Chanyeol memang sudah tidak sabar untuk menceraikan aku.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now