32

705 113 9
                                    

“Saya tak nak tandatangan perjanjian ini.”

Aku menolak untuk menurunkan persetujuan akan perjanjian perkahwinan setahun yang dia berikan. Wajah aku seriuskan, dan tangan aku silangkan ke dada.

Dia bukannya ikhlas mahu berkahwin dengan aku.

Chanyeol tampak kaget dengan tindak balas negatif aku, pantas dia menoleh memandang. “Kenapa lagi? Apa kurang syarat-syarat yang aku bagi itu? Huh, ataupun kau ada tak puas hati? Mahu tambah syarat?”

Aku geleng tanpa menjawab pertanyaannya itu, mahupun membalas pandangannya. Sejujurnya, syarat-syarat yang dia kenakan sudah mencukupi, malahan lebih dari cukup. Bermula dari kebajikan aku, segala keperluan aku dia akan sediakan, itu menurut syarat yang tertera di sini. Cuma, ada satu kecacatan pada perjanjian yang aku langsung tidak boleh menerimanya.

Tidak boleh sama sekali.

“Habistu,” Suara dia naik seoktaf. “Kenapa kau tak nak tandatangani perjanjian tu? Kau tak suka kalau aku mengahwini kau? Begitu? Ataupun, kau masih bertanggapan yang kita tidak kenal satu sama lain, jadi kita tidak boleh berkahwin iya, begitu?”

“Bukanlah!” Aku juga turut meninggikan suara. Rasa geram aku melonjak naik. “Sebab, awak bukannya ikhlas pun nak berkahwin dengan saya! Buktinya, nama saya pun awak tak tahu. Awak mahu berkahwin dengan saya, tetapi nama saya pun awak silap! Jadi macam mana saya mahu tandatangan kalau nama yang tertera itu bukan nama saya, awak kahwin sahaja dengan perempuan bernama Kim Na Young itu!”

Aku tidak tahu kenapa aku perlu marah untuk perkara yang remeh seperti itu.

Aku bencikan emosional, tetapi aku tidak dapat menghentikan diri sendiri dari terus-menerus beremosi tidak tentu hala sebegitu.

.....

Em aku nak minta maaf ni, kalau kalau ada komen yang aku tak balas. Serius wp aku ada prob, dia main cak cak dengan aku. Hump! Nanti ada masa aku cek satu satu chap yang mana ada komen tak terbalas iya? Sorry again. And, sorry kalau cara aku sampaikan cerita ni terlalu terbuka. But no worries there no smut words. Euh, aku act tak suka juga hahahahah. Geli duh. And last, thanks for supported me!

Muah (´∀`)♡

woly

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now