61

662 94 4
                                    

Hari pertama aku jadi isteri dia.

Pada setiap waktu aku bersama dia.

Setiap apa yang terjadi antara aku dan dia.

Semua telah menjadi memori yang indah untuk aku.

Wah, aku tidak menjangka yang secepatnya ini aku boleh jatuh hati pada seseorang.

Oh, betulkah perasaan ini?

Ataukah cuma sekadar pembawaan anak sahaja.

Sebab itu hati aku mudah terbuka.

Tambahan lagi, Chanyeol kan ayah kepada anak dalam kandungan aku ini. Jadi, rasanya perasaan itu kerana anak ini, mungkin.

Baby.. Baby tolong tengokkan hati mummy dulu. Apa betul hati mummy sudah tertulis nama ayah, atau cuma baby yang buat begitu, hm?” Aku berkata begitu sambil menggosok-gosok perut aku, dengan harapan dapat balasan daripada baby.

“Huh,” Aku mengeluh kasar, belakang badan aku sandarkan pada dinding katil. “Aku rasa aku gila sudah.”

“Ya, ya, ya, betul, aku gila. Gilakan suami sendiri.”

Aku tergelak kecil, sebab merasakan kelawakkan dalam ayat aku itu.

“Gilakan suami sendiri, hmm..” Aku terkejut beruk apabila, entah semenjak bila Chanyeol sudah bersandar pada tiang pintu sedang memandang aku dengan sengihan sumbing. “Tak salah rasanya kalau gilakan suami sendiri. Tapi jangan jadi terlalu gila, kesian anak aku nanti.”

Pipi aku rasa terbakar. Anak mata aku membesar bila Chanyeol menghampiri sisi katil.

“Shin..”

“H-hmm?”

“Terima kasih.”

Aku tersekat-sekat bila mahu membalas ucapan terima kasihnya itu. Aku masih belum jumpa apa alasan kenapa dia berterima kasih. “Okay sama-sama. .tapi, terima kasih untuk apa?”

“Sebab, hmm..” Matanya bergerak ke atas sementara bibirnya dikemam, sedang berfikir. “Sebab, atas banyak sebab. Tapi, sebab yang aku paling suka, adalah sebab, kau sudi terima aku jadi suami kau. Bahkan, kau langsung tidak membantah untuk turuti permintaan aku.”

Wah, baru harini aku sedari yang Chanyeol ini seorang lelaki yang, entah aku harus berkata apa. Dia terlalu baik, prihatin, manis, comel, dan apalagi yang belum aku nyatakan? Rasanyalah aku pernah puji dia begitu.

“Dan, aku minta maaf.”

Aku terkelu. Kata maaf ini, untuk apa pula?

“Serasanya, aku masih belum boleh, urmm..” Chanyeol tiba-tiba kelihatan seperti gusar. Dan, wajahnya terbias rasa bersalah. “B-balas apa sahaja perasaan kau terhadap aku sekarang.” Dia gosok belakang lehernya dengan janggal. Oh, aku jauh lebih rasa janggal, jantung aku ini macam mahu terkeluar sahaja dari mulut.

Aku tunggu sambungannya lagi, jangan cakap yang itu sahaja yang dia mahu sampaikan.

“Jangan risau, aku akan cuba belajar lupakan masa lalu aku. Dan, buka hati aku untuk kau. Aku akan belajar untuk menyayangi kau, macam mana kau sayangkan aku. Aku akan cuba, Shin.”

Aku terus rasa hiba.

Rupanya selama ini, dia masih belum boleh melupakan perempuan itu.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now