88

592 82 7
                                    

Untuk kali yang kedua, aku dilukai oleh lelaki yang aku sayang. Lelaki yang aku cintai. Lelaki yang aku percayai.

Malang sekali, kerana aku tidak dipercayai. Pada matanya aku buruk, dan akulah yang hinanya. Bagaimana Nayoun boleh melakukan itu? Pembohongan itu? Lakonan itu semua? Bagaimana dia mampu meraih kepercayaan Chanyeol sehingga begitu sekali.

Aku masih tidak boleh menerima kenyataan yang Chanyeol menceritakan segala-galanya tentang aku pada perempun tidak guna itu. Macam mana aku boleh terikat dengan dia, apa yang menyebabkan kami berkahwin, dan kesalahan terbesar aku pada malam itu. Dia katakan aku adalah kesalahannya sahaja.

Baby dan aku, hanyalah kesalahan yang terburuk yang pernah dia lakukan. Sedangkan aku menganggap hubungan aku dengan dia adalah sebuah kesalahan yang terindah yang pernah berlaku pada aku.

Tuhan sahaja tahu betapa hancur berkecainya hati aku setelah mengetahui kenyataan itu.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now