108

579 65 0
                                    

Awak cakap tadi, awak sanggup lakukan apa sahaja supaya saya memaafkan awak, bukan?”

“Ya, apa sahaja Shin aku sanggup.”

Jauhi saya, tinggalkan saya, dan lupakan saya. Boleh awak lakukan itu? Jika jawapan awak ya, maka saya akan maafkan awak.”

Apakah aku terlalu kejam?

Apa aku terlalu zalim?

Dia sudah kembali pada aku, dan ingin menebus semua kesalahannya. Aku pula yang menolaknya mentah-mentah. Sedang aku tahu, dia ikhlas meminta maaf.

Tolonglah katakan, yang kali ini ia bukan salah aku.

Tolonglah katakan, apa yang aku buat kalini adalah benar.

Aku tersentak apabila telefon aku tiba-tiba berdering. Lamunan aku serta merta hilang. Telefon aku capai lalu mengerling sekilas pemanggilnya sebelum melekapkan ia pada telinga.

Doktor Soo.

Hello, iya doktor. Ada apa?”

Puan Park, maaf jika menggangu. Saya ada sesuatu mahu dibincangkan tentang masalah kesihatan puan. Puan ada masa?”

Belakang badan aku terus tegak apabila mendengar kata-katanya. Jantung aku mengepam laju. Berdebar. “Urm baiklah, saya akan ke sana sekarang.”

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now