40

694 105 19
                                    

“Apa yang kau fikir kau buat ni, hah?!”

“Saya tak buat apa-apapun. Salahkah apa yang saya buat?”

“Memanglah salah! Hish!” Dia meraup rambutnya dengan penuh frustasi.

Beg kertas berwarna coklat dalam pegangannya dia letakkan atas meja dapur. Entahlah Chanyeol ini, datang-datang sahaja mahu marah-marah. Datang bulan, mungkin.

Aku tadikan lapar, jadi apa salahnya kalau aku buat semua itu?

Semalam dia juga yang cakapkan; buat rumah ni macam rumah sendiri.

Jadi aku jual rumah dia, buat beli makanan.

Marah pula, hm.

“Aku tak nak ambil tahu apapun alasan kau, aku nak kau kemaskan semula rumah ini seperti asal. Ikut suka hati kau sahaja mahu tukar-tukar dekorasi dalam rumah ini!”

Aku berjenaka sahaja tadi, mana ada aku jual. Kalau aku jual, aku mahu tinggal di mana, kan?

Aku menempelkan riak sepuluh sen pada muka. “Alah. . .saya laparlah. Nantilah saya kemas semula selepas makan, iya?”

NO! KEMAS SEKARANG!”

Chanyeol tidak terpujuk dengan ekspersi muka aku, terlalu murah mungkin.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now