62

617 91 0
                                    

Tanpa disedari, dua bulan sudah berlalu.

Cuma satu sahaja yang berubah tentang aku, iaitu saiz bump pada perut aku. Ia sudah semakin membesar dan membukit dengan begitu comelnya. Aku rasa amat berbangga kerana dapat menjaganya dengan baik dan penuh dengan kasih sayang.

Buat masa sekarang ini, aku gelarkannya sebagai baby samyang kerana obsesi Chanyeol terhadap samyang sejak belakangan ini.

Aku sudah tidak lagi terasa teringinkan apa-apa makanan yang khas, sebaliknya Chanyeol pula yang mengidamkan makanan yang tertentu. Samyang lagi itu, macam tidak ada makanan berkhasiat yang lain.

Dan syukurlah, rasanya hubungan aku dengan Chanyeol juga semakin baik.

Chanyeol dan aku, sudah mulai belajar cara-cara hidup sebagai sepasang suami isteri. Dalam tempoh empat bulan ini, nampaknya dia juga mula memberikan aku respon yang positif tentang perasaan aku terhadapnya.

Iya, walaupun masih ada kejanggalannya.

Aku tetap bersyukur.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now