23

709 107 0
                                    

Aku mengandung.

Wah. . .

Aku tidak tahu perlu berbahagia atau bersedih dengan kenyataan bahawa ada nyawa lain sedang membesar di dalam rahim aku. Usianya sudah mencecah dua bulan, meskipun perut aku tidaklah begitu membuncit. Mungkin kerana asalnya aku seorang yang berbadan kecil, jadi itulah tidak ketara sangat. Tetapi iya, aku mengandung dua bulan. Jadi benarlah ini adalah benih daripada lelaki yang berada di kelab hari itu.

Ya Tuhan. . .

Bukan ini yang aku harapkan selepas terluka oleh lelaki.

Walaupun iya, anak itu adalah rezeki dan pemberian Tuhan yang tidak ternilai. Tetapi hakikat yang aku terpaksa melahirkan anak tanpa bapa itu yang membuat aku berasa kesal. Aku sedih dan aku kecewa.

Macam mana dengan aku?

Aku terlupa akan hubungan yang telah aku lakukan pada malam itu, dan menganggap yang aku sakit. Sehingga menyusahkan Jiwon untuk membawa aku ke klinik sedangkan aku bukannya sakit. Dan sekarang, Jiwon sudah tahu.

Dia nampak tegang.

Babe, just tell me the truth! Anak siapa itu?” Jiwon meninggikan suaranya.

Aku tersentak, secara tidak langsung mengena ke hati aku. Jiwon marah. “I'm sorry.”

“Aku cuma mahu tahu, siapa yang sepatutnya bertanggungjawab atas kandungan kau itu?!”

Aku lemah. Aku cenggeng, jadi airmata aku terus sahaja jatuh di pipi tanpa pengawalan aku. “Aku— a-ku.”

“Bagitahu aku betul-betul! Adakah itu perbuatan lelaki tak guna tu?! Jongin?!”

Segera aku menggeleng sambil menyeka airmata aku. Aku tarik tangan Jiwon sampai dia terduduk di sebelah aku. Tanpa izin aku memeluknya dengan erat.

“Aku tak kenal siapa babe. Aku terlanjur dengan lelaki yang aku tak kenal.”

“Ya Tuhan. . .Yeong.”

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now