75

641 92 9
                                    

“Awak sudah banyak berubah ya, Shin Yeong.” Jongin memulakan perbicaraan. Sudah pasti kekokkan sangatlah terasa semasa aku duduk di hadapannya.

Aku bukanlah pengecut sebab tidak mampu untuk lari dari kisah silam, cumanya itu bukan diri aku. Bagi aku, mencuba untuk lari dari masa silam itu adalah yang sebenarnya pengecut. Aku tidak cakap yang aku masih tidak boleh melupakan dia, malahan aku sudah mampu untuk meneruskan hidup aku tanpa perasaan kesal ditinggalkan. Kerana aku sudah mempunyai Chanyeol dan baby samyang. Aku cuma, tidak boleh mengelak dari sudut diri aku yang terlalu baik dan simpati pada orang lain. Meskipun, orang itu adalah orang yang telah menyakiti aku.

Iya, mungkin aku boleh menganggap Jongin sebagai kawan aku sekarang.

“Yeong, awak masih sebegitu marahnya pada saya ya.”

Hm?” Aku seolah-olah baru tersedar. “Taklah, cuma.. Saya masih tak sangka yang saya mampu berdepan dengan awak sekarang ini tanpa perasaan ingin menumbuk muka awak.”

Dia tergelak kecil. “Saya tarik balik kata-kata saya tadi. Awak tak berubah, masih seperti dulu.”

Aku menganggukkan kepala sambil menguntum senyuman kecil. “Saya memang tidak berubah, cuma saya sudah tidak seperti dulu.”

“Ya, saya sedari itu. Awak kelihatan lebih matang daripada Shin Yeong yang saya kenali,” Jongin berdehem beberapa kali dan kelihatan dia sangat gusar melalui tingkah dia yang mengemam bibirnya dengan janggal. “Saya betul-betul menyesal sebab lukakan hati awak, saya minta maaf sungguh-sungguh.”

“Lupakanlah Jongin. Perkara sudah lalu, biarkan lalu. Awak teruskan hidup awak tanpa rasa bersalah. Saya sudah maafkan awak. Lagipun, awak sudah menyesal, kan?”

Dia tertunduk mendengarkan kata-kata aku. Jujur, aku ikhlas. Lagipun, sampai bila aku mahu membenci dia sedangkan aku tahu dia cuma diperbodohkan oleh perempuan itu. Tambah lagi, aku sudah menghampiri fasa melahirkan, kalau boleh aku tidak mahu sehingga ada menyimpan perasaan yang aneh. Cumanya aku takut, emosi aku itu menurun pada baby.

“Terima kasih Shin Yeong. Saya cuma terlalu bodoh sehingga tidak dapat membezakan antara kaca dengan permata. Sampai-sampai saya buta memilih dia dan meninggalkan awak.”

“Ada sebab kenapa Tuhan bagi awak pemikiran sempit itu. Mungkin sebab kita memang bukan ditakdirkan untuk bersama. Hakikatnya sekarang, saya sudah berbahagia dengan suami saya. Dan awak, mungkin takdir awak nanti akan lebih baik dari perempuan itu, malahan jauh lebih baik berbanding saya.”

Dia mengganguk tanda setuju. “Iya, tapi saya tak sangka Nayoun sanggup tinggalkan saya semata-mata untuk kembali pada bekas teman lelakinya dahulu. Cuma kerana saya, mengalami kemerosotan kewangan. Saya baru sedari, yang dia sebenarnya perempuan materialistik.”

Uh, itu memang karma yang sangat menakjubkan.

Tetapi, Nayoun. . .

Aku sepertinya dejavu dengan nama itu.

...

(HAHAHHAHAHA SURPRISE ! JONGIN DATANG BALIK ! Minta ampun XD cuma aku tak boleh nak bencikan dia hakikatnya aku sayangkan Kai juga. Kekekekke. Kesian pula bagi dia jadi kejam terus. Hmm, apa korang akan terjadi lepasni eh? Dan mesti ada yang pening dengan Chanyeol yg cem bipolar tu kan heueueuueu. Jangan risau, akan diterangkan nanti ya. Ohyeah, mv power buat aku gila. Srs, aku tak bole berhenti ketawa weh hahahahha. Live drg buat aku sengih sengih, masuk lagi Baek, Chan dgn Kai yang terputar putar tu. Huah imma speechless. Okela by— eh belum lagi. Em, sorry fo the late. Aku memang nak up dari kelmarin lagi. Tapi entahlah, start dari ptg kelmarin sampai harini line cem hanat. Apapun, harap enjoy. kbyee~

woly terchenta :3

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now