20

802 116 6
                                    

Babe, kau okey tidak ini? Cuba jujur dengan aku.”

Aku mengangkat muka untuk memandang Jiwon yang mengambil tempat duduk di hadapan aku. Kening aku jungkitkan sebelah sebab aku sekarang tidak boleh bersuara kerana mulut penuh dengan Strawberry Cheesecake yang aku minta dia belikan tadi.

“Tidaklah, cuma aku hairan sahaja dengan kau. Tiba-tiba jadi kuat makan pula sejak sebulan terkurung di dalam bilik.”

Aku tersengih-sengih sebelum menelan isi mulut aku. “Um, itu kerana sebulan aku terkurung, dan aku lapar. Jadi salahkah kalau aku mahu makan banyak-banyak?”

“Aku tak cakap pun salah. Cuma selera kau pelik sahaja. Tidak tahu pula aku kau suka makan kek, setahu aku kau tak seberapa gemarkan kek.” Balas Jiwon dengan bunyi tertanya-tanya di situ.

Aku pun sebenarnya tidak mengerti juga dengan diri aku sendiri. Apa yang aku tahu, aku mahu makan kek jadi itulah yang aku minta. Takkan aku meminta ikan goreng pula, sedangkan aku teringinkan kek? Mana kena dengan selera aku.

Aku cuma mahu makan benda yang manis-manis sahaja buat masa sekarang ini, serius.

“Entah, aku pun tak tahu.” Aku sekadar mengangkat bahu lalu menyambung makan kek di depan aku.

Aku sedar Jiwon sedang pandang aku semacam, seperti; eh kenapa dengan kawan aku seekor ini kena sampuk hantu kek ke apa? Dan aku abaikannya sahaja kerana kek ini jauh lebih menarik perhatian aku. Namun, tiba-tiba tekak aku seperti tersangkut akibat kek yang penuh lalu dengan kadar segeranya aku meneguk sirap ros yang berada di sebelah pinggan aku.

Setelah selamat kek itu masuk ke dalam perut aku, tekak aku berubah rasa ke rasa mual pula. Ada cecair yang masin dan aneh rasanya, mulai bermain di dalam mulut aku. Liur aku kembang, dan terasa seperti hendak termuntah sahaja. Untuk beberapa saat aku bermain dengan liur yang bercampur dengan cecair aneh itu dalam mulut, rasa seperti tidak tertahan lalu aku terus berlari ke sinki untuk mengeluarkan segala isi dalam perut aku.

Aku menahan diri di tepi sinki, sementara Jiwon menggosok-gosok belakang badan aku.

“Kenapa dengan kau sebenarnya ini, babe? Aku risau tahu tak, risau. Kau sakit iya, kita pergi klinik mahu?”

Kepala aku terus digelengkan, menolak pelawaannya. “Tak, aku okey. Tidak perlu pun semua itu. Masuk angin sahaja ini, sebab itulah rasa mual.”

Babe, kau ada rahsiakan something dari akukah apa ini?”

Aku pandang Jiwon yang sedang menempel riak serius pada wajahnya. “M-manada, tak ada apa-apalah.”

“Betul ini, kau tak bohong?”

“Iya, betulah. Apa yang aku mahu selindungkan daripada kau, kan?” Aku tersenyum janggal.

Oh Tuhan, ada apa ini?

Jangan cakap yang, aku.. urmm.

***

(Huhaii readers, tyou sebab sudi baca sejauh ini hahaha. Maafkan aku atas segala keterlanjuran aku sepanjang cerita ini. Eh eh jangan berani nak tiru aksi bodoh si Shin tu iya, susah tau nak dapat lelaki cem Chanyeol cehhh hahahahhahahaha apakah yang aku rapukan ini?? Srs talk aku terharu dgn reaction readers dari sejak pertama aku pub yini ss :3 masuk rank lagi yituuuu.. Masehh manyak manyak muahhh (´∀`)♡ and lastly, kalau sudi bolela jenguk-jenguk fic lunatic ayee ye? Eh tak paksa ya xD okeokeokeyyy bubye)

Fascinate Menacingly; Byun Baekhyun.
+ he doesn't want to be alone, so he dragged me in.. into his lunatic's life.

woly ♥

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now