27

717 109 7
                                    

Aku pejamkan mata sedikit rapat bagi menghalang airmata aku daripada mengalir. Aku tidak mahu kelihatan seperti meminta simpati dan perhatian daripada dia. Aku bukan seperti itu, tetapi aku bencikan satu sudut diri aku yang kini kuat emosional. Jadi aku berusaha sedaya upaya aku untuk tidak menangis di hadapan dia, aku tidak mahu kelihatan lemah dan cengeng.

Aku bukan mahu menagih simpati dia.

“Kyung Soo,” Dia memanggil seseorang yang aku tahu dia adalah teman lelaki Jiwon. Membuat mata aku kembali terbuka. “Leave me alone, with her. Aku perlukan waktu dengan dia.”

Aaaa. . .

Pastinya Kyung Soo yang bagitahu soal aku pada Chanyeol ini. Rantai aku itu, sama sahaja dengan rantai milik Jiwon jadi mungkin melalui itu Chanyeol dapat menjejak aku. Tak sangka, dia berkawan dengan teman lelaki Jiwon. Betapa kecilnya dunia ini.

Kyung Soo dan Jiwon keluar, jadi cuma ada aku dengan dia sahaja di dalam rumah ini.

“Kau ada perkara yang mahu dikatakan pada aku?” Tanyanya setelah menutup pintu rumah. Dia berduduk di atas sofa dengan selambanya seolah-olah ini adalah rumah dia.

Amboi.

Aku menggelengkan kepala. “Tak ada.”

“Serius, tak ada?”

Aku menggeleng lagi.

Okay, kalau begitu dengar apa yang aku hendak katakan,” Aku angkat muka memfokus padanya. Matanya tertumpu pada aku sepenuhnya. “Kau nampak berbeza dari malam yang aku bertemu dengan kau itu.”

Oh iya?

Tidak sangka dia sebegitu cekapnya.

“Kau nampak bertambah kurus.”

Tak guna, aku fikirkan yang dia perasan.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now