38

617 102 6
                                    

Park Shin Yeong.

Itu nama yang tertera pada sijil perkahwinan ini.

Siapa sangka aku sudah berkahwin, pada usia semuda ini. Aku tidak pernah menjangka, apatah lagi berkahwin dengan seseorang yang aku tidak kenali. Tidak pernah terlintas langsung dalam fikiran aku tentangnya. Sungguh.

Tapi sekarang, itu semua sudah berlaku tanpa terduga.

Iya, walaupun perkahwinan ini dirahsiakan. Sama ada keluarga pihak dia, mahupun pihak aku. Tidak ada yang mengetahui soal perkahwinan kami ini. Kami berkahwin, cuma bersaksikan paderi, Jiwon dan Kyung Soo sahaja. Tetap sahaja, bagi aku itu sesuatu yang sangat mengharukan. Sepatutnya aku sebagai anak tunggal ibu ayah aku, perkahwinan aku merupakan sesuatu yang menggembirakan buat mereka.

Aku malahan berkahwin secara sembunyi, sudahlah mengandung sebelum berkahwin.

Anak seperti apalah aku ini.

Aku ambil fail merah yang Chanyeol bagi aku kelmarin selepas majlis perkahwinan. “Perjanjian perkahwinan selama setahun.”

Oh siapa sangka aku sudah menandatanganinya.

Tiada apa yang berubah, melainkan nama aku sudah betul dan, oh ya, aku ada menambah syarat.

Park Chanyeol perlu mengikut setiap apa yang Shin Yeong mahukan selama tempoh perkahwinan.

Uhh. . .Pada permulaan hari ini, detik pengiraan 365 hari bersama Encik Park Chanyeol kini bermula.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now