48

666 96 3
                                    

Aku membuka pili air untuk membasuh mulut selepas mengeluarkan semula isi perut aku. Tangan aku yang bertahan di tepi sinki terasa bergetar untuk menampung diri aku. Lutut aku juga rasa rapuh. Ulu hati aku terasa perit yang amat. Ini pertama kali aku rasa begini, sakitnya melampau berbanding yang sebelum ini. Mungkin sebab sejak beberapa hari ini aku kurang makan, dan bila makan pasti aku muntahkan semula. Sebab itulah aku mengalami pedih ulu hati, kerana tidak ada isi perut.

Bibir yang bergemetaran aku ketap, sambil tangan menahan perut aku.

Okay sudah?” Tanya Chanyeol yang semenjak tadi setia menjadi penunggu aku di sini sambil menggosok-gosok belakang badan aku.

Aku menyapu titik peluh yang merembes di dahi aku. Kepala aku anggukkan bagi menjawab pertanyaan Chanyeol itu. Aku bukan juga terlalu cengeng sehingga perkara remeh seperti ini perlu untuk ditangiskan, tetapi emosi aku menjadi tidak stabil. Jadi dengan mudahnya, airmata aku mengalir jatuh begitu sahaja tanpa pengawalan aku. Aku rasa sebak tanpa sebab.

“Sakit. .” Cuma itu yang dapat terucap dari mulut aku. Aku menggigit bibir dengan kuat bagi menahan esakkan. Aku tidak mahu kelihatan seperti meminta simpati dari dia.

Chanyeol tidak langsung meminta izin, sebaliknya terus menarik aku masuk ke dalam dakapannya. Belakang kepala aku dielusnya dengan lembut sambil dia mengumam untuk menenangkan aku. Sisa tangis aku habiskan dalam pelukannya yang hangat.

Sejujur-jujurnya, aku benar-benar berasa tenang bila dia dekat dengan aku sebegini.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now