78 [REPUB]

636 91 13
                                    

(Aku repub, kerana setelah aku periksa semula part ini rosak. Why tidak ada sesiapa yang tegur? Hm, maaf line tak okey sebab tu ada kerosakkan sebegini)

..

.

Aku berasa tidak selesa.

Sungguh.

Lagi-lagi bila ditatap tajam oleh sepasang mata yang sedang memerhatikan sahaja setiap gerak dan geri aku. Sejujurnya, aku rasa lain macam. Sesekali aku mengerling dia, sambil tangan aku masih melakukan kerja-kerja memotong bahan-bahan masakkan. Tatapan mata Chanyeol, seolah-olah mahu menelan aku. Seolah-olah aku ada melakukan sebarang kesalahan yang berat padanya.

Apabila secara tidak sengaja aku terpandang dia, aku bertambah hairan sejurus setelah melihat matanya yang tidak berkedip itu. Aku tahu dia memandang aku, tetapi fikirannya menerawang ke tempat lain. Aku kumpul semangat untuk menegurnya.

Erm. .awak, perlukan apa-apa ke?"

Urm..” Dia seperti baru sahaja tersedar, lalu matanya terkedip sekali. “Tak ada apa-apa. Aku tak perlukan apa-apa.”

“Habis itu, kenapa awak perhatikan saya macam ada sesuatu yang mahu awak katakan?”

“Aku cuma, terfikirkan sesuatu..”

Aku letakkan pisau atas pemotong, lalu aku hampiri Chanyeol dan duduk di hadapannya. “Awak fikirkan tentang apa? Nampak serius sahaja.”

“Fikirkan tentang kau.”

Aku terjeda sekejap. “Memangnya ada apa dengan saya?”

Chanyeol menghela nafas panjang, persoalan yang sedang bermain di dalam fikirannya itu sepertinya terlalu berat sehingga aku dapati Chanyeol seolah-olah sukar untuk bernafas. “Apa kau masih, berhubung dengan bekas teman lelaki kau? Apa kau masih menyimpan perasaan terhadapnya?”

Segera aku menggelengkan kepala untuk pertanyaan itu. Kenapa dia mengajukan soalan yang sedemikian rupa sekali? “Tak, langsung tak. Saya tak ada hubungan apa-apa lagi dengan dia. Kenapa awak bertanya seperti itu?”

“Aku andaikan sahaja, yang kau masih lagi sukakan teman lelaki kau itu.”

“Cuma apa yang awak cuba untuk sampaikan ini, saya langsung tak faham.”

“Kalau kau masih sayangkan dia, katakan sahaja. Mungkin, aku menjadi penghalang hubungan kau dengan dia, tidak begitu?” Ucap Chanyeol dengan wajah tegangnya, sebelum dia berlalu pergi.

Semuanya seperti berlaku dalam sekelip mata sahaja, sehingga aku tidak dapat menghadam maksud di sebalik kata-katanya itu. Cuma apa yang sedang bermain di dalam fikirannya?

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now