Special Part VI - The Real End

944 90 23
                                    

Perlahan-lahan aku membuka tirai mata, apabila terdengar suara halus seseorang sedang bersenandung halus. Lagi menarik perhatian aku untuk membuka mata, kerana suara itu, suara milik lelaki bernama Park Chanyeol.

Silau menyerang iris mata kerana cahaya yang begitu terang terus menjengah sebaik sahaja mata terbuka.

Putih.

Bersih.

Disekeliling aku, semuanya serba putih.

Apakah aku, sudah. . .

“Shin,” Mata aku teralih pada si pemilik suara tadi. Dia, sedang berpakaian serba putih, menghampiri aku bersama seorang bayi di dalam dukungannya.

“C-han-yeol..” Suara aku seperti disekat. Aku mendapati amat sukar untuk aku berkata-kata.

“Shh..” Dia duduk di kerusi kecil tepi katil yang aku baringkan kini. “Sayang masih lemah lagi, jangan terlalu banyak bergerak.”

Sayang?

Apakah, dia baru sahaja memanggil aku sayang? Semuanya sepertinya terlalu sempurna, sehingga aku keliru adakah ini mimpi ataupun realiti. Ataukah, benar yang aku sudah meninggal?

“A-wak, saya— saya sudah mati ke?”

“Apa sayang cakap ni?” Dia tertawa halus. Sebelah tangannya mendukung bayi tadi, sementara sebelah lagi digerakkan ke pipi aku. “Sanggup ke, sayang tinggalkan jejaka kacak ini?”

Boleh dia berlawak iya.

Aku pejamkan mata semula, bila penglihatan aku terasa berpinar. Kemudian, aku merasakan ada suatu objek suam hinggap di dahi aku.

Sayang rehatlah dengan tenang, iya.”

*****

Chanyeol preview .

Chanyeol, bangun nak.” Aku tersedar bila badan aku digoncang perlahan oleh tangan seseorang. Mata aku buka perlahan-lahan.

Terbias pada pandangan, ibu sedang berdiri di hadapan aku. Langsung aku duduk sopan meluruskan badan. “Ibu, ibu bila sampai?” Tanya aku sambil menggosok mata.

“Ibu baru sahaja sampai ni,” Ibu meletakkan beberapa bekas makanan atas meja kecil lalu mengambil tempat di sebelah aku. “Ibu ada bawakan makanan tu, semalam kamu tak makan, kan?”

“Oh, susahkan ibu sahaja bawa semua itu.” Aku menggosok belakang leher dengan kekok.

Ibu hela nafas perlahan, tangannya menepuk paha aku lembut. “Macam mana, ada perkembangan apa-apa tak?”

Mendengarkan pertanyaan ibu, hati aku terus diserang rasa hiba dan sebak. Pandangan aku alihkan pada sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas katil tidak jauh dari tempat kami duduki. “Macam itulah bu, sudah seminggu lebih masih tiada apa-apa yang terjadi. Dia masih lagi tidak berikan sebarang respon.”

Ibu tertunduk. Tangan aku digenggamnya. “Sabar ya anakku, ibu yakin Shin kuat orangnya.”

Iya, dia harus kuat.

Sayang, tolonglah bangun.

Aku terlalu rindukan kau, aku pun belum sempat lagi berterima kasih sebab lahirkan seorang putri buat aku.

*****

“Sayang..” Tangan dia aku ambil, lalu mengucupnya dengan lembut. “Bangunlah, buka mata tu. Kau tak rindukan aku ke?”

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now