60

679 92 7
                                    

“Sudah memadai?” Tanya dia selamba diikuti dengan gelak kecil dari mulutnya. Muka aku terasa seperti disimbah dengan air panas sebab rasa malu yang amat. Untuk apa pertanyaan itu? Apa yang sudah memadai? Ciuman dia?

Apa dia fikir aku ini gersang sangat sehingga terdesak nak.. Errr!!!

“Apa?! Awak yang mulakannya dulu! Apa awak fikir saya terdesak sangat?!”

Chanyeol tambah gelakkan aku. “Bukan itu maksud aku. Aku tanya apakah sudah memadai, adalah merujuk pada rasa samyang tu. Sudah memadai?”

Sumpah, aku tidak faham sepatah pun!

“M-maksud awak?”

“Tadi, kau cakap yang kau nak rasa, kan? Untuk mengelakkan baby daripada kempunan, aku bagilah kau rasa sikit. Apa kau ingat aku akan benarkan kau makan makanan yang pedas-pedas? Habis kepanasan anak aku dalam tu.”

“Huh?” Aku betul-betul blank.

“Kau makan siputkah apa, kenapalah kau ni lembab sangat?” Katanya yang berbaur sindiran kepada aku. Dia sambung makan tanpa pedulikan aku yang masih berteka-teki.

“Iyalah, saya tak faham langsung apa yang baru sahaja awak buat. Awak pelawa saya makan, tapi awak tak bagi pun. Lepastu awak cakap, awak bagi saya rasa sikit. Padahal awak tak bag—”

Ohh.

Tak guna.

Itu rupanya maksud di sebalik perbuatan dia tadi. Pipi aku terasa seperti baru sahaja ditampar kuat. Mengapalah aku bengap sangat ini?

Chanyeol tersengih. “Cute,” Apa dia cakap? Aku tak salah dengarkah? “Anggap sahajalah yang aku kiss kau tadi, sebagai tanda terima kasih sebab masakkan aku makanan yang aku nak.” Sambung Chanyeol lagi yang terasa seperti terus sahaja menghentikan degupan jantung aku.

Bagus, ini permulaan yang baik buat aku dan Chanyeol.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now