18

770 101 0
                                    

Tiada sebarang keputusan yang munasabah yang dapat aku fikirkan sekarang ini.

Fikiran aku benar-benar kosong.

Aku rasa kotor, jijik, hina, dengan diri sendiri.

Aku menangis sehingga airmata aku berasa kering. Aku tahu ini cuma perbuatan yang sia-sia sebab aku sudah terlanjur melakukan kesilapan itu. Walaupun aku masih belum pasti yang aku sudah suci lagi atau tidak, namun aku dapat rasakan yang diri aku sekarang serba kekurangan. Seperti ada yang hilang daripada aku.

Dan aku tahu itu apa. .

Apabila aku mencuba untuk bangun tetapi sukar kerana bahagian wanita aku terasa pedih dan sakit yang berselang. Aku juga baru menyedari yang sekitar bahu dan leher aku berasa sedikit perit yang bertompok-tompok, tahulah aku itu adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa aku sudah kotor.

Berasa malu dengan diri sendiri, aku segera bangkit lalu mencapai pakaian aku di atas lantai. Setelah selesai berpakaian, aku tidak mahu berlama-lama lagi di dalam bilik ini, segala kejadian semalam kembali menerjah dalam fikiran aku.

Yang membuat aku semakin berasa hina.

Biarlah lelaki itu, bukan salah dia semua ini. Ia adalah salah aku sebab kecuaian aku sendiri.

Semoga sahaja hubungan semalam itu tidak mendatangkan sebarang hasil, aku sudah tidak sanggup menanggung rasa malu untuk kali keduanya di hadapan lelaki itu.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now