Bab 69

4.2K 215 60
                                    

Iskandar menahan air matanya daripada jatuh menitis. Wajahnya ditundukkan ke bawah. "Diana..."

Iskandar ketap bibir. Entah kenapa hatinya terasa sebak saat melihat keadaan bekas tunangnya sekarang. Air jernih yang ingin jatuh cepat-cepat disekanya.

"Iskandar, daddy rasa baik kamu pulang ke ofis kamu dulu. Sudah dua jam kamu di sini. Nanti apa kata isteri kamu pulak." Encik Alif mula menegur Iskandar yang dari tadi hanya diam. Tak sedap dia melihat.

"Tak apalah daddy. Is rasa bersalah dekat Diana. Is banyak sakitkan hati dia sebelum ni." Mata Iskandar masih terarah terhadap wajah Diana yang kelihatan sangat pucat. Melihat saja bekas tunangnya itu, hatinya semakin beremosi. Dia cuba menguatkan semangat.

"Daddy tak kisah kalau kamu nak jenguk Diana. Tapi kamu..."

"Biarlah dekat Iskandar, bang. Dia nak tengok bekas tunang dia, apa salahnya?" celah Puan Muninah.

"Iya, mummy. Is rasa bersalah sangat dekat Diana. Is tak sepatutnya lakukan semua tu dulu. Kalau bukan sebab perempuan tu, mungkin Diana tak sakit teruk macam ni."

"Ya Allah, Is. Jangan kamu cakap macam ni. Ini semua takdir," ujar Encik Alif. Belakang Iskandar diusapnya lembut. Dia dapat merasakan kekecewaan hati jejaka ini.

"Tapi daddy, kalau perempuan tu tak muncul dalam hidup Iskandar, mesti Iskandar dengan Diana dah hidup bahagia sekarang..."

"Tak baik cakap macam tu, Is..." Encik Alif menggeleng kecil.

"Assalamualaikum, auntie, uncle..." Kalida bersuara saat melangkah masuk bilik rawatan itu. Fasha hanya diam di belakang gadis itu.

"Waalaikummusalam..." Mereka mengalihkan pandangan ke arah Kalida dan Fasha. Manakala, Iskandar masih seperti tadi. Terpaku menatap bekas tunangnya.

"Diana macam mana, auntie?" soal Kalida selepas memandang Diana sejenak.

"Macam tulah, Ida. Dia belum sedarkan diri." Puan Muninah mengukir senyuman kelat.

Kalida angguk faham. "Abang Is... tadi Nina call, dia suruh abang Is balik ofis sekarang. Sebab ada meeting dengan Dato' Luqman."

"Aku tak nak. Aku nak duduk sini. Aku nak jaga Diana." Kasar suara Iskandar membidas kata-kata adiknya.

Kalida terkedu. Ini kali pertama abangnya membahasakan diri 'aku' ketika berujar dengannya.

"Awak, jom kita pergi ofis. Kesian staf-staf awak, diorang tengah tunggu awak." Kali ini Fasha pula memujuk. Dia melangkah mendapatkan Iskandar. Bahu lelaki itu disentuhnya, lembut.

"Aku cakap tak nak. Tak naklah! Memang tak faham bahasa melayu ke apa! Sudahlah, berambus." Tangan Fasha yang berada di bahunya ditepis kasar. Fasha tersentak dengan tindakan itu.

Kalida pantas menarik Fasha supaya menjauhi abangnya. "Abang ni dah kenapa erk? Marah tak tentu pasal!" Kalida mula naik angin.

Iskandar ketap gigi. Amarahnya semakin memuncak. Iskandar berdiri lantas berpaling ke belakang. "Kau nak tahu tak, sebabkan perempuan ni, Diana sakit teruk macam ni!" Jari telunjuknya tepat dihalakan pada Fasha. Tanpa teragak-agak dia melontarkan kata.

Fasha terkaku melihat suaminya. Lelaki itu seolah hilang akal.

"Abang! Jaga sikit mulut abang. Akak Fasha ni isteri abang, bukannya perempuan ni!" Sekarang jari telunjuk Kalida terarah kepada Diana yang sedang terbaring lemah. Pandangannya turut tajam memanah anak mata Iskandar.

Pang!

Satu tamparan hinggap pada pipi Kalida. Secara spontan, kepala Kalida terteleng ke tepi. Membahang pipi gadis itu.

"Awak..." Fasha terkejut melihat Iskandar menaik tangan terhadap adiknya sendiri. Kecewa dia melihat lelaki itu. "Apa awak ni? Kalida ni adik awak, tahu?" Fasha menolak bahu Iskandar sehinggakan lelaki itu terundur sedikit ke belakang. Dia geram.

"Ya. Aku tahulah. Kalau bukan sebabkan kau, mesti aku dah lama kahwin dengan Diana. Kau dah hancurkan segalanya."

Fasha pejam mata rapat-rapat. Sudah lama Iskandar tidak beraku dan berkau dengannya. Tapi hari ini, disebabkan Diana, dia sekali lagi dihidangkan dengan kata-kata kasar seperti itu.

Hebat sangatkah panahan cinta Diana hingga dirinya menjadi sampah di mata suaminya sendiri?

"Awak... Sampai hati awak cakap macam tu dekat saya..." Fasha sudah jatuhkan air matanya. Dia merenung wajah Iskandar dengan penuh duka dan lara. Lelaki itu jauh beza dengan Iskandar yang dulu.

"Aku benci kau perempuan! Kau punca Diana jadi macam ni!"

"Cukuplah abang. Diana jatuh sakit bukan sebab kak Fasha. Abang Is jangan salahkan kak Fasha!" bentak Kalida. Geram.

"Mungkin betul, Diana jatuh sakit bukan sebab perempuan ni. Tapi perempuan ni tetap jadi punca kenapa aku dengan Diana berpisah."

Kalida pura-pura ketawa. Abangnya sudah hilang akal agaknya. "Abang yang ajak Fasha kahwin, lepas itu abang nak salahkan dia pula?"

"Kan aku dah cakap semua salah perempuan ni. Kalau dia tak terima, pernikahan bodoh ni takkan berlakulah!" Sekarang kata-kata Iskandar tidak bertapis lagi. Lelaki itu sudah tidak siuman lagaknya.

"Iskandar..." Encik Alif menegur selepas diam untuk seketika. Dia tidak mahu keadaan lebih serius. Takut-takut lelaki itu mengucapkan perkataan yang tidak sepatutnya. Manakala, Puan Muninah hanya mengunci kata. Tidak berani untuk masuk campur.

"Sudahlah, akak. Jom kita berambus dari sini." Kalida pantas menarik tangan Fasha supaya mengikut langkahnya beredar dari situ. Malas dia mahu melayan perangai 'gila' abangnya itu.

Fasha akur. Kepalanya tergeleng kesal dengan hati yang retak seribu. Tak sangka, lelaki itu menganggap bahawa dia punca segalanya. Sudah lupakah suaminya itu padanya?

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now