Bab 25

9.6K 291 5
                                    

Kalida bermundar-mandir memikirkan majlis pertunangannya dengan Danish yang akan berlangsung dalam masa sebulan lagi. Dia sudah cuba untuk menghalang perancangan itu, namun Danish pula yang beria sangat mahu teruskan juga.

"Ida kenapa ni?" Ketika kaki memijak anak tangga terakhir, Fasha bersuara merenung gadis itu. Dia merapati.

Laju Kalida berhenti. Dia mencari tuan punya suara. "Ida nak cerita sesuatu dekat Fasha." Tangan Fasha ditarik supaya duduk di atas sofa bersamanya. Tercungap-cungap juga Kalida mencari nafas. Hampir berpuluh minit dia berkawad tadi.

Fuh, selamat tak pengsan.

"Cerita apa?" Fasha terpinga-pinga dengan tindakan mengejut Kalida. Malah, dia turut teruja ingin mengetahui cerita daripada Kalida.

"Ida dah nak bertunang!" Terjerit habis Kalida mengujarkan kenyataan itu. Di dasar hati, memang sudah mahu menangis bagai nak rak. Dia tak ready lagi! Huaaaa!

"What?! Bertunang? Dengan siapa?!" Mata Fasha seperti mahu terluruh jatuh. Dia terkejut, mungkin baby dalam perut pun turut terkejut. Muda-muda dah nak bertunang.

"Yes! Hurm... dengan sepupu Ida." Kalida kembali berasa suram.

Fasha mengangguk. "Ida betul-betul dah bersedia ke?"

"Tak, Ida terpaksa terima semua ni. Papa nak sangat Ida bertunang dengan Danish." Kalida menundukkan wajah, merenung jari-jemarinya. Dia memang belum bersedia mahu mengalas tanggungjawab yang satu itu. Itu bukanlah perkara mudah bagi gadis yang belum matang sepertinya.

Melihat saja reaksi wajah Kalida, Fasha sudah dapat mengagak. Bukannya dia baru kenal gadis ini semalam. Hampir semua perkara yang berkaitan dengan gadis ini, dia tahu.

"Mungkin papa dengan mama Ida nak yang terbaik untuk Ida." Fasha senyum nipis. Dia mahu menceriakan hati kecil Kalida.

"Hmm..." Anggukan diberi kepada Fasha. Senyuman pahit turut dipamerkan. "Fasha, jom pergi makan. Ida laparlah." Dengan sengihan, Kalida mengajak. Dia cuba membawa dirinya untuk lupa perkara itu. Biar dia bahagiakan hatinya tika ini.

Gitchew!

"Jom!"

"Kenyang dah ke, sayang?" Wajah si isteri ditatap penuh sayang. Buat kali terakhir, dia menyuap masuk nasi goreng ke dalam mulut.

Gina senyum manis dan mengangguk. Dia menghirup air yang dipesan mereka tadi. Mata masih terpaku di wajah bersih Iskandar.

Makin berbuak-buak rasa cinta mahupun sayang terhadap lelaki itu. Dulu, cintanya memang langsung tidak dibalas Iskandar. Tapi sekarang, sudah bertukar menjadi lain. Lelaki itu sangat mencintai dirinya.

"I nak pergi bayar."

Bahu Datin Zarina ditepuk, lembut. Tidak mahu isterinya terkejut. Kemudian dia duduk bersebelahan dengan si isteri. "Termenung jauh nampak."

Teguran itu menyentakkan Datin Zarina. Dengan segera, dia memandang suaminya. "Saya cuma ingatkan Kalida, bang."

"Kenapa pula?" Datuk Moktah membalas pandangan si isteri. Dia cuba mengesan apa yang terkandung di minda wanita itu.

"Saya rasa kita tak sepatutnya paksa dia terima semua ini." Nada bertukar menjadi sebak ketika hujung kata. Melihat saja dari reaksi si anak, dia sudah tahu. Patutkah dia teruskan?

"Abang tengok dia okey aje. Malah, dia langsung tak bantah." Jari-jemari si isteri digenggam erat.

"Tapi bang..."

"Mungkin ini yang terbaik untuk anak kita." Datuk Moktah memintas percakapan isterinya. Dia tidak mahu mendengar isterinya bercakap benda bukan-bukan.

Datin Zarina mengangguk kecil. Kepala direhatkan di bahu si suami. Dengan air mata, dia tersenyum. Harap semua ini berlangsung dengan baik.

"Kedai ni ke?" Fasha tanya untuk kepastian. Sekali-sekali dia memandang Kalida di sebelah. Menantikan jawapan.

"Yup!" Tangan Fasha ditarik. Mereka berdua berjalan beiringi masuk ke dalam kedai makan yang agak ramai pelanggan. Sedap, mungkin!

Selepas melangkah keluar dari kedai itu, 'Zafnie' secara tidak sengaja terpandang ke arah seorang gadis.

Dia seperti pernah lihat gadis itu sebelum ini. Tapi dia tidak ingat di mana. Kotak ingatan terasa makin sempit apabila cuba mengingati.

"Kenapa you berhenti, sayang?" Gina kehairanan. Lelaki itu berhenti secara tiba-tiba, handphonenya hampir terjatuh ke lantai mall itu.

"Nothing." Lelaki itu mengatur langkahnya semula lalu diikuti oleh Gina yang makin kehairanan.

"Gadis dalam gambar ni rupanya. Patutlah macam aku pernah tengok." Gambar itu ditatap lagi. Gadis yang dia terpandang tadi merupakan gadis yang sama dalam gambar yang diberi oleh mak mentuanya.

Maksudnya, mereka mungkin saling mengenali. Mungkin juga mempunyai talian persaudaraan. Dia tidak pasti, dia perlu cari jawapan.

"Sayang..."

Mendengar suara lembut itu, 'Zafnie' mengangkat muka. Tangannya kalut menyimpan kepingan gambar itu di dalam laci almari. Lambat-lambat senyuman diukirnya. "Iya?"

"What are you doing?" Gina menyandar tubuh di dinding bersebelahan pintu bilik. Dia merenung, melihat apa yang dilakukan oleh lelaki itu.

'Zafnie' menggeleng kepala beberapa kali. Kehadiran perempuan itu buat dia terkejut. Kalau boleh, dia tidak mahu isterinya tahu tentang apa yang dia tengah lakukan sekarang. Mencari ahli keluarganya, itu bukan disukai oleh perempuan itu. Dia tidak tahu kenapa.

"Jom turun makan. Mama dengan papa tengah tunggu you dekat bawah." Gina menguntum satu senyuman. Dia bukannya mahu sangat ambil kisah apa yang lelaki itu tengah buat tadi. Biar ajelah.

"Jom."

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now