Bab 79

5.7K 215 18
                                    

"Assalamualaikum!"

Tok. Tok. Tok.

Selepas mendengar salam dari luar rumah, Puan Sakinah laju melangkah ke pintu utama rumah kayu itu. Pintu yang terkunci dari dalam turut dibuka. Tidak tahu siapa yang bertandang ke rumahnya di awal pagi seperti ini.

"Ya Allah, Nina." Sebaik sahaja Puan Sakinah membuka pintu, dia terkejut memandang kelibat Nina. Tertoleh dia melihat sekeliling.

Nina senyum lebar lalu mendapatkan tubuh maknya, bingkas didakap erat. "Nina minta maaf sebab pulang tak beritahu mak. Hehe." Pelukan makin terurai. Nina tersengih saat menatap wajah Puan Sakinah. Sengaja dia mahu pulang ke kampung pada awal subuh seperti ini.

"Kamu ni memang! Bukannya nak beritahu mak kalau nak balik sini." Puan Sakinah berleter sendiri. Dia melangkah masuk dan turut membawa beg pakaian anak tunggalnya itu masuk ke dalam.

"Nina saja nak buat suprise. Bukannya senang Nina nak dapat cuti." Langkah kecil Nina membuntuti langkah Puan Sakinah yang terus ke dapur.

"Kamu dapat cuti?" Kening Puan Sakinah berkerut. Tak silapnya, Nina baru saja mengambil cuti sebelum ini. Takkan dapat cuti lagi?

Nina mengangguk. "Ya, mak. Nina dapat cuti dari Iskandar."

"Kenapa Iskandar tiba-tiba bagi kamu cuti?"

"Itu yang Nina pelik. Nina pun tak faham. Semalam Iskandar call Nina. Dia cakap yang esok Nina tak payah masuk ofis. Lepas itu, dia suruh Nina balik kampung." Nina mula menceritakan tentang kejadian semalam yang membuatkan dia tersenyum lebar tak sabar mahu pulang ke kampung.

Puan Sakinah hanya mengangguk faham. "Nanti siapa nak tolong Iskandar dekat ofis?"

"Hm... Nina pun tak tahu la, mak. Mungkin Iskandar nak pergi bercuti." Nina jungkit bahu sambil telefon pintarnya dikeluarkan dari handbag.

Fasha diam disebalik dinding. Perempuan itu hanya mendengar saja setiap butir bicara yang tengah dituturkan oleh Nina dan Puan Sakinah. Tadi dia mahu melangkah ke dapur, tapi niatnya itu terbantut selepas terdengar bicara Nina.

Turut rasa terkilan selepas dia terdengar yang Iskandar akan pergi bercuti. Lelaki itu langsung tiada tanda seperti mahu mencarinya di sini. Tapi itu yang hatinya mahukan sebelum ini.

Fasha menahan sebak. Tidak tahu bagaimana nasibnya kelak. Nanti dia akan membesarkan anak dalam kandungannya seorang diri. Kemungkinan anaknya dilahirkan tanpa seorang ayah.

Lambat-lambat Fasha menekup mulut. Air matanya mula memainkan peranan.  Bingkas dia kembali masuk ke dalam bilik.

"Fasha..."

Pintu bilik diketuk bertalu-talu dari luar. Fasha yang tertidur selepas subuh tadi terus terjaga selepas terdengar bunyi ketukan itu. Lantas dia menyahut. "Iya?"

"Mari makan, sarapan dah siap," ajak Puan Sakinah yang sudah menghidang sarapan di atas meja makan.

"Okey, mak cik. Saya nak ikat rambut kejap." Fasha mengikat rambutnya ala kadar lalu melangkah keluar dari bilik dan ingin ke tandas yang betul-betul berada di dapur.

Ketika langkahnya di anak tangga, suara seseorang kedengaran jelas. Fasha berhenti berjalan seraya kepalanya terjengul di balik dinding. "Idham?" Fasha terkejut melihat kelibat Idham di dalam rumah Puan Sakinah. Laju dia berlari ke dalam bilik semula.

Tudung mana tudung?!

Tudung sarung yang tersangkut di penyidai laju di ambil dan disarung ke kepala. Berdegup kencang jantungnya tika ini. Fuh, kalau tak tadi, memang free-free lelaki itu melihat rambutnya.

Nafas ditarik dalam sebelum menapak keluar semula. Fasha berjalan ke dapur untuk kali kedua. Tidak tahu kenapa lelaki itu datang ke rumah Puan Sakinah pada pagi ini. Ada hal agaknya.

"Mari Fasha makan." Sekali lagi Puan Sakinah memanggil Fasha.

Fasha hanya mengangguk dan menghampiri. Dia terus ke singki dan membasuh muka terlebih dahulu. Sebelum mengambil tempat di sebelah Nina dan berhadapan dengan Idham. Tanpa Fasha sedar, Idham tersenyum nipis memandang Fasha.

Nasi goreng yang sudah disenduk dihulurkan kepada Fasha. Huluran itu disambut. Fasha sedikit menunduk apabila terperasan yang Idham asyik memerhatikannya sejak dari tadi. Perasaan tak selesa mula menyerang diri.

"Idham tak kerja ke hari ni?" tanya Puan Sakinah selepas tersedar yang semua orang hanya membisu.

"Tak. Idham cuti hari ni." Idham menjawab. Perlahan-lahan nasi goreng dibawa ke dalam mulut.

"Oh, kau kerja dekat tempat hari tu ke?" Kali ini, Nina pula menyoal.

Idham mengangguk sebagai jawapan. Mulut masih mengunyah setiap butir nasi goreng itu. Sedap.

Fasha berdiam diri. Dia tidak tahu mahu melontarkan pertanyaan apa. Lebih baik dia senyap saja.

"Fasha, kamu nak tambah nasi goreng lagi?"

Mendengar soalan itu, Fasha laju menggeleng. Dia sudah kenyang. "Tak apa... buwerk..." Fasha lantas berlari ke sinki selepas tekaknya berasa loya secara tiba-tiba. Mulut ditekup dengan tangan.

"Buwerk!" Segala isi di dalam perut terkeluar sekaligus. Fasha mencuci mulutnya dengan air. Badannya rasa kurang enak pagi ini. Mungkin ini gejala kehamilan untuk perempuan mengandung. Tapi sebelum ini dia langsung tidak terkena.

"Mak cik, saya masuk bilik dulu. Saya rasa tak sedap badan pula," pamit Fasha sebelum dia menapak masuk ke dalam bilik. Idham sedikit sayu melihat keadaan perempuan itu. Dia tak sihat ke?

Dahi Nina berkerut kehairanan. Terus pandangannya dihalakan ke arah Puan Sakinah. Cuba mencari jawapan yang ada. Isyarat mata dihantar kepada Puan Sakinah.

Puan Sakinah mengangguk, betul. Nina terlopong sedikit, tak sangka perempuan itu mengandung!

Idham masih menjadi pemerhati. Dia langsung tak mengerti apa maksud isyarat mata Nina. Terkerut-kerut keningnya sebelum dia menyambung menjamah nasi goreng itu. Mungkin masalah perempuan.

Usai selesai pembentangan tentang projek baharu dan menerima arahan daripada Datuk Moktah, masing-masing mula meninggalkan bilik mesyuarat.

"Mana PA kamu?" tanya Datuk Moktah kepada Iskandar yang masih berada di dalam bilik mesyuarat. Dia mendapat arahan untuk kekal di dalam bilik ini.

"Is bagi dia cuti."

"Oh. Tentang projek baharu yang kita dapat tu, papa sarankan kamu sendiri yang melawat tempat projek tu nanti." Datuk Moktah meneguk sekilas air mineral yang ada di atas meja. Tekaknya tiba-tiba berasa kering.

"Sure."

"Papa nak kamu pergi kampung tu and kenal-kenal dengan orang kampung tu dulu. Nanti mudah sikit kerja kita nak jalankan projek tu." Fail yang penuh dengan maklumat tentang kampung itu dibuka dan diselak satu per satu.

"Bila Is kena pergi sana, pa?"

"Hujung minggu ni."

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now