Bab 82

5.8K 242 86
                                    

Fasha bermundar-mandir di dalam bilik tidur. Bicara Idham petang tadi buat dia tidak boleh lelapkan mata pada malam ini. Sudah berkali-kali dia cuba untuk tidur dan lupakan bicara Idham. Tapi lagi dicuba, lagi sukar untuk dia pejamkan mata.

"Hah, bakal isteri awak?!" Fasha terkejut lagi.

"Hahahahaha! Tak adalah. Saya gurau je." Idham menghembur tawa. Tak sangka perempuan itu mengambil serius dengan kata-katanya tadi. Niatnya hanya mahu bergurau saja, tapi kalau betul pun apa salahnya kan?

Fasha menjeling Idham. Dalam masa yang sama, dia bernafas lega. "Ish! Terkejut saya, tahu tak?" Fasha hanya menahan rasa geram. Orang tengah serius, dia boleh main-main pula. Eyy, budak ni kang! "Dia tanya apa?"

Idham tersengih kecil. "Dia tanya nama awak dan awak tinggal dekat mana."

Berombak dada Fasha ketika ini. Mesti Iskandar sudah tahu dia tinggal di mana sekarang. Tunggu masa sahaja, lelaki itu akan terpacak di halaman rumah Puan Sakinah.

Punggung dijatuh ke birai katil. Dadanya berombak laju akibat nafas yang tidak teratur. Fasha cuba mengawal keadaaanya sekarang. Dia tak tahu kenapa dia perlu takut dengan Iskandar. Walhal lelaki itu yang menghalaunya keluar dari rumah mereka dan mengatakan dialah penyebab kematian ibu bapanya dan penyebab kematian Diana.

Jarum jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi, tapi matanya masih segar tercelik. Fasha mencapai telefon pintarnya di atas meja. Nombor seseorang dicari. Dia mahu membuat satu panggilan. Namun, niatnya itu terbantut. Dia belum bersedia.

Telefon pintar itu diletakkan kembali ke tempat asal. Kali ini, Fasha baring semula di atas katil. Dia cuba memejamkan mata. Akhirnya, dia tertidur juga.

Seperti selalu, Fasha mengayuh basikal ke tempat kerjanya. Disebabkan kedai runcit itu cuma berada tak jauh dengan rumah Puan Sakinah, jadi mudah untuk dia berulang alik dengan hanya mengayuh basikal. Jimat wang.

Fasha berhenti mengayuh saat matanya terpandang sebuah kereta Audi di hadapan kedai runcit. Kereta Audi yang pernah dia lihat sebelum ini. Perlahan-lahan dia mengayuh basikal ke tepi kedai runcit. Basikalnya ditinggalkan di situ.

Belum sempat dia berjalan masuk ke dalam kedai, namanya diseru dari arah belakang. Dia tarik nafas dalam sebelum berpaling.

"Rupanya kau ada dekat sini, Fasha." Iskandar memulakan kata. Dia sendiri tak sangka yang dia akan bertemu dengan Fasha di kedai runcit ini. Memang diluar jangkaan mereka.

Fasha kemam bibir. Emosinya semakin berat. "Awak nak apa?" Wajah Iskandar langsung tidak dipandang oleh Fasha. Perempuan itu memalingkan wajah.

"Aku nak kau."

Fasha geleng kecil. Dia tak faham dengan apa yang Iskandar bicarakan. Baginya, lelaki itu hanya reti mengarut! Tak membuang masa, Fasha berjalan masuk ke dalam kedai. Namun dihalang oleh Iskandar. Pegelangan tangannya ditarik.

"Aku nak kau ikut aku balik." Iskandar bersuara dingin. Seolah itu satu arahan untuk Fasha mendengar cakapnya sebagai seorang suami.

"Saya tak nak. Bukan ke awak yang halau saya dari rumah awak?" Fasha cuba menarik pegelangan tangannya, tapi genggaman Iskandar terlalu kuat. "Lepaslah."

"Kenapa kau perlu ungkit cerita lama?"

"Stoplah, Iskandar. Saya nak awak ceraikan saya." Seakan merayu, Fasha bersuara meminta. Dia sudah penat mahu melayan kerenah Iskandar. Akhirnya, pegelangan tangannya dilepaskan.

"Aku takkan ceraikan kau. Aku tahu kau pregnant."

Wajah Iskandar pantas dipandang dan bingkas perutnya dipegang. Tergeleng-geleng kepala Fasha seolah tak percaya yang Iskandar tahu tentang kandungannya sekarang. Dia takkan membiarkan lelaki itu membunuh anaknya untuk kali kedua.

"Kenapa kau rahsiakan tentang kandungan kau tu dari aku?" Iskandar mengerling tangan Fasha yang seperti sedang memegang perut kempisnya itu. Fasha cuba mengundur ke belakang. Menjauhkan diri daripada Iskandar.

"Perlu ke saya beritahu awak?"

"Aku ni suami kau, perempuan. Aku berhak tahu tentang kandungan kau."

Wajah Iskandar ditatap dalam-dalam. Giginya diketap geram. Kali ini, perasaan takutnya terus hilang. "Kalau awak suami saya, awak takkan seksa hidup saya. Awak takkan halau saya dari rumah awak," ujar Fasha sebelum meneruskan langkahnya. Sikap Iskandar yang sering berubah membuatkan dia hampir hilang akal.

Iskandar diam seribu bahasa. Dia langsung tak menghalang perempuan itu daripada terus melangkah. Biarkan perempuan itu menyelesaikan kerjanya. "Aku akan dapatkan anak aku nanti."

"Kau dah buat hidup aku merana, Iskandar!" Fasha menangis teresak-esak. Tubuhnya lunyai akibat disepak oleh Iskandar. Perutnya kempis seolah tiada isi di dalam. Darah yang keluar dari celah kangkangnya hanya dibiarkan mengalir.

Iskandar senyum sinis. Lelaki itu langsung tiada rasa ingin menolong perempuan itu. Perempuan itu dibiarkan terbaring lemah di atas lantai dengan berlumuran darah. Itu seperti kemenangan baginya.

Lambat-lambat Iskandar terlelap di atas katil. Dia tidur dalam keadaan yang senang dan gembira. Gembira selepas menyeksa isterinya sendiri.

Melihat saja Iskandar sudah nyenyak tidur, Fasha cuba mengerakkan badan. Dia mengubah posisi keadaanya sekarang. Dengan kesakitan pada perut, dia perlahan-lahan menggesot ke arah katil. Terpejam-pejam matanya menahan rasa. Lambat dia menggapai pisau yang ada di atas meja lampu.

Iskandar yang sedang tidur terbaring diperhati lama. Sudah tiba masanya untuk kau pergi buat selama-lamanya Iskandar. Kau sudah banyak menyeksa hidup orang lain. Tempat kau memang di neraka!

Pisau diangkat tinggi. Tanpa teragak-agak, pisau itu dicucuk ke dada bidang Iskandar berulang kali. Darah merecik keluar dan terkena pada wajahnya sendiri. Fasha tersenyum puas saat melihat Iskandar memeronta kesakitan.

"Kau layak mati, Iskandar!"

DENDAM MR DEVILOnde histórias criam vida. Descubra agora